Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah Filipina dan MILF akan meterai perjanjian damai esok

Mar 26, 2014 | 02:43 PM



MANILA (AFP) - Pemerintah Filipina dan pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan memeterai satu perjanjian damai esok untuk menamatkan pertikaian paling lama antara kededua pihak yang telah menyaksikan ribuan orang terkorban.


Perjanjian itu akan menyaksikan MILF menguasai sebuah wilayah autonomi Islam di Mindanao, selatan Filipina, yang dinamakan 'Bangsamoro'.


Ini menyusuli rundingan antara kededuanya yang memakan masa selama 17 tahun.


"Untuk sekian lamanya, kami telah mengetuai perjuangan rakyat Bangsamoro dan rakyat kami telah melalui pelbagai kesusahan," kata naib pengerusi MILF, Encik Ghazali Jaafar, kepada agensi berita AFP.


"Perjanjian ini amat penting kepada kami kerana ia menamatkan pemberontakan di Mindanao," tambahnya.


Pemberontak Muslim telah memperjuangkan sebuah negara merdeka atau autonomi di selatan wilayah Mindanao, yang disifatkan sebagai tanah air mereka.


Ribuan orang telah terkorban dalam konflik tersebut sedang Mindanao menjadi wilayah paling miskin dan korup di Filipina.


MILF yang dikatakan mempunyai 10,000 anggota merupakan kumpulam pemberontak terbesar yang masih belum memeterai perjanjian damai.


Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino dan pengerusi MILF, Encik Murad Ebrahim, akan menyaksikan acara pemeteraian perjanjian damai itu dalam satu majlis di istana presiden di Manila.


Dalam pakatan damai itu, MILF akan memerintah anggotanya supaya menyerahkan senjata, dengan para pemimpinnya menjadi pemimpin politik yang menerajui wilayah autonomi itu.


Wiliyah berkenaan merangkumi 10 peratus daripada Filipina, mempunyai pasukan polis sendiri, parlimen wilayah dan mempunyai kuasa untuk mengenakan cukai.


Pemerintah nasional pula akan mengekalkan kuasa pertahanan di wilayah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >