Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintahan Netanyahu di Israel bakal berakhir?

May 31, 2021 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Suasana politik Israel semalam sekali lagi dikejutkan dengan berita kemungkinan berakhirnya kepimpinan Encik Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri.



Setelah empat pilihan raya parlimen tanpa keputusan konklusif dalam tempoh dua tahun, mandat 28 hari untuk pemimpin pembangkang Encik Yair Lapid membentuk pemerintah baru akan tamat pada Rabu ini, dan laporan media mengatakan beliau hampir menubuhkan satu gabungan yang akan mengakhiri pemerintahan Encik Netanyahu selama 12 tahun sebagai Perdana Menteri.



Peluang kejayaan Encik Lapid sebahagian besarnya terletak pada Encik Naftali Bennett, ahli politik bagi parti Yamina yang mempunyai enam kerusi utama di Parlimen.



Encik Bennett, 49 tahun, dilaporkan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat sama ada beliau akan bekerjasama dengan Encik Lapid, yang memimpin parti Yesh Atid.



Namun sebelum itu, Encik Bennett harus mengumpulkan penggubal undang-undang partinya sendiri untuk bergabung dengan apa yang digambarkan oleh penentang Netanyahu sebagai pemerintah "perubahan" yang terdiri daripada parti sayap kiri, tengah dan kanan.



Sejak beberapa hari yang lalu, Encik Bennett tidak mengeluarkan sebarang kenyataan awam, dengan ketua parti Likud, Encik Netanyahu menghangatkan lagi spekulasi bahawa tempoh jawatannya sebagai Perdana Menteri akan berakhir dalam satu tweet dan siaran video pada Jumaat lalu.



"Amaran Sebenar", tulisnya, memberi amaran bahawa pentadbiran "sayap kiri" yang berbahaya mungkin akan mengambil alih.



Parti Yamina baru-baru ini mengumumkan bahawa Encik Bennett akan bertemu penggubal undang-undangnya dan memberi mereka butiran terkini.



Ini menyusuli laporan yang mengatakan beliau telah bersetuju terhadap kesepakatan itu di mana beliau akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Encik Lapid.



Menurut beberapa laporan, Encik Bennett dan Encik Lapid telahpun mencapai kata sepakat sebelum pertempuran meletus pada 10 Mei lalu antara militan Israel dan pejuang Hamas.



Encik Bennett juga berkata sewaktu pertempuran itu, beliau mengetepikan segala usaha untuk membentuk koalisi dengan parti sayap tengah dan kiri.



Kerjasama antara Encik Lapid dan Encik Bennett mungkin dapat dihidupkan semula dengan gencatan senjata sedang berlangsung.



Namun begitu, pengulas politik Israel masih lagi meragukan sama ada kerjasama itu akan dibentuk.



"Pemerintahan anti-Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang ingin melakukan perubahan masih belum menjadi kenyataan," tulis kolumnis politik Yossi Verter dalam akhbar parti sayap kiri, Haaretz.



"Ia masih terlalu awal untuk meraikannya," kata beliau sambil mempersoalkan sama ada penggubal undang-undang Yamina dapat menghadap tekanan dari parti sayap kanan.



Sekiranya Encik Lapid, 57 tahun, gagal mengumumkan pemerintah baru pada Rabu ini, pilihan raya kelima Israel sejak April 2019 - perkara yang ingin dielak Encik Bennett - mungkin berlaku. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >