Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerolehan tanah bagi kereta api laju KL-Singapura dijangka pada suku ketiga 2017

Dec 27, 2016 | 01:11 PM



KUALA LUMPUR: Pemerolehan tanah bagi projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) kemungkinan besar dilakukan pada suku ketiga tahun depan, menyusuli pembentangan pelan penjajaran pada pertengahan tahun, kata MyHSR Corporation Sdn Bhd.



Ia agensi yang ditugas menyelia projek dua hala itu, yang menghubung Kuala Lumpur (di Bandar Malaysia) dan Singapura (di Jurong East) melalui landasan kereta api pecut sepanjang 350km, dengan 335km trek dalam wilayah Malaysia.



MyHSR Corp sedang memeriksa tapak tanah panjang selebar 50m untuk digunakan sebagai penjajaran akhir dari Bandar Malaysia, yang akan dibina sebaik sahaja lapangan terbang Sungai Besi dikosongkan, ke Iskandar Puteri di Johor.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyHSR Corp, Encik Mohd Nur Ismal Kamal, tapak itu akan menempatkan trek serta zon penampan bagi keselamatan, memandangkan kereta api tersebut boleh mencapai kelajuan 350kmj pada kelajuan penuh.



"Satu campuran tanah persendirian dan negeri akan diperolehi, walaupun kebanyakannya meliputi kawasan ladang," ujarnya.



Suku pertama 2017 akan melihat dua peristiwa penting bagi projek itu.



Satu ialah pengumuman keputusan tender yang dipanggil bersama Singapura untuk melantik satu Rakan Pembangunan Bersama (JDP) bagi projek itu, yang akan mempunyai perhentian di Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar dan Batu Pahat.



Malaysia dan Singapura akan bersama-sama menganugerahkan tender bagi JDP, yang akan memberi nasihat mengenai perkara operasi, teknikal dan perolehan, terutama berkaitan sistem projek tersebut.



Pada masa sama, MyHSR Corp sedang menilai tawaran tender bagi perkhidmatan perunding reka bentuk rujukan (RDC) bagi bahagian Malaysia parojek itu.



"Keputusan itu mungkin dibuat pada suku pertama tahun depan," kata Encik Mohd Nur.



Mengenai stesen HSR pada masa depan, beliau berkata ini akan dibina di kawasan baru yang tidak harus terlalu jauh dari pusat perniagaan dan penduduk sedia ada.



Tentang gesaan sesetengah pihak agar diadakan sebuah perhentian HSR di Selangor, Encik Mohd Nur berkata stesen Putrajaya terletak di pinggir sempadan Selangor dan pembangunan yang timbul daripadanya pasti melimpah ke negeri itu.



Jajaran akhir mesti membolehkan perjalanan tanpa henti dari Bandar Malaysia ke Jurong East dalam tempoh 90 minit. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >