KOTA KINABALU: Pemilik dan juragan bot katamaran yang membawa pelancong China yang karam baru-baru ini, didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu sebagai menyebabkan kematian akibat kecuaian.
Juragan Sharezza Salian, 25 tahun, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku bersalah atas tuduhan itu manakala tiada pengakuan dirakam bagi pemilik katamaran, Leong Vin Jee, 44 tahun.