Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin Al-Qaeda, Zawahiri, terbunuh dalam serangan dron AS di Afghanistan

Kematian tamparan hebat kepada Al-Qaeda dan akan lemahkan keupayaan kumpulan itu untuk bergerak
Aug 03, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, terbunuh dalam satu serangan dron Amerika Syarikat di Afghanistan pada hujung minggu, kata Presiden Amerika, Encik Joe Biden, kelmarin.



Ini merupakan satu tamparan hebat ke atas kumpulan militan yang diasaskan oleh Osama bin Laden juga terbunuh pada 2011.



"Sekarang keadilan sudah tercapai, dan pemimpin pengganas ini sudah tiada lagi," kata Encik Biden dalam ulasannya dari Rumah Putih.



"Kami tidak pernah mengalah... tidak kira sampai berapa lama, tidak kira di mana anda bersembunyi, jika anda merupakan satu ancaman terhadap kami, Amerika Syarikat akan mencari anda sampai dapat," katanya.



Zawahiri, seorang doktor warga Mesir yang juga pakar bedah, telah membantu menyelaraskan serangan pada 11 September 2001.



Dalam serangan tersebut, empat pesawat awam telah diculik dan menggempur bangunan Twin Tower di Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon dekat Washington dan sebuah lapangan di Pennsylvania, mengakibatkan hampir 3,000 orang terbunuh.



Para pegawai, yang enggan memberikan pengenalannya, berkata Amerika melancarkan serangan dron di ibu kota Kabul, Afghanistan pada pagi Ahad pada 6.18 pagi (9.48 pagi waktu Singapura).



Maklumat risik Amerika "dengan penuh yakin" yang orang yang terbunuh itu adalah Zawahiri, kata seorang pegawai kanan pentadbiran Amerika kepada para pemberita.



Tidak ada yang lain cedera dalam serangan itu.



Seorang lagi pegawai berkata: "Zawahiri masih lagi merupakan ancaman kepada rakyat Amerika Syarikat, juga terhadap kepentingan keselamatan negara.



"Kematiannya merupakan tamparan hebat kepada Al-Qaeda dan akan melemahkan keupayaan kumpulan itu untuk bergerak."



Kematiannya menimbulkan tanda tanya sama ada Zawahiri mendapat perlindungan daripada Taliban ekoran kumpulan itu mengambil alih kuasa Kabul pada Ogos tahun lalu.



Pegawai itu berkata, para pemimpin kanan Taliban mengetahui akan keberadaan Zawahiri di bandar itu.



Serangan dron itu adalah yang pertama dilancarkan oleh Amerika di Afghanistan sejak pasukan tentera Amerika dan para diplomatnya meninggalkan negara itu pada Ogos 2021.



Tindakan itu menguatkan lagi jaminan yang Washington berupaya menangani sebarang ancaman dari Afghanistan tanpa kehadiran tentera di negara itu.



Dalam satu kenyataan, jurucakap Taliban, Encik Zabihullah Mujahid, mengesahkan berlakunya serangan itu dan mengutuk sekeras-kerasnya kerana disifatkan sebagai melanggar "prinsip-prinsip antarabangsa."



Sebelum pengumuman Amerika itu dibuat, Zawahiri dikatakan berada di sebuah kawasan pedalaman penduduk Pakistan di Afghanistan.



Sebuah rakaman video yang diedarkan pada April lalu, dia dikatakan telah memuji wanita Islam di India kerana berani menentang larangan mereka memakai hijab.



Rakaman video itu sekali gus menyangkal dakwaan yang dia sudah mati. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >