LONDON: Masyarakat Arab dan Muslim di Timur Tengah kelmarin mengutuk pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel, menyifatkannya sebagai perbuatan mengapi-apikan di rantau yang tidak menentu itu, dan Palestin berkata Washington telah melepaskan peranan utamanya sebagai orang tengah bagi perdamaian.
Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyuarakan kebimbangan mengenai keputusan Presiden Amerika, Encik Donald Trump, akan memindahkan kedutaan negaranya dari Tel Aviv ke Baitulmakdis dan akibat tindakan itu ke atas sembarang harapan memulihkan perdamaian Israel-Palestin.