Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin EU gesa tidak tingkatkan krisis demi kepentingan Iran, Iraq

Jan 07, 2020 | 03:28 PM



SEEON (JERMAN): Pemimpin Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen, menggesa Iran dan Iraq agar tidak meningkatkan lagi krisis di rantau itu ketika ketegangan dengan Washington memuncak berikutan serangan dron Amerika Syarikat yang membunuh jeneral berpengaruh Iran.


“Adalah penting sekarang... untuk menggunakan saluran diplomatik dan menjelaskan bahawa ia adalah bagi kepentingan Iran serta khususnya demi kepentingan Iraq untuk mengambil jalan tenang,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat parti CSU negara itu.


Di Brussels, Belgium, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, memberi amaran bahawa Iran mesti mengelakkan ‘provokasi dan keganasan lebih lanjut’ selepas perikatan itu mengadakan perbincangan kecemasan berhubung peningkatan krisis di Timur Tengah.


“Dalam mesyuarat kami hari ini, ahli sekutu menyeru ke arah meredakan keadaan. Satu konflik baharu tidak akan memberi kebaikan kepada mana-mana pihak, justeru Iran mesti mengelakkan provokasi dan keganasan lebih lanjut,” kata Stoltenberg. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >