Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Pemimpin G-20 sokong pelesenan sukarela vaksin Covid-19

Tanpa pengecualian hak paten
May 22, 2021 | 05:30 AM



BRUSSELS: Pemimpin-pemimpin ekonomi terbesar di dunia dijangka melancarkan satu pengisytiharan yang mengesyorkan tindakan sukarela untuk meningkatkan pengeluaran vaksin Covid-19, menolak desakan daripada Amerika Syarikat dan negara-negara lain mengenai pengecualian hak paten.



Beberapa pemimpin G-20 akan berucap di sidang kemuncak itu, antara acara utama tahun ini bagi menyelaraskan tindakan sejagat menentang wabak tersebut.



Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tidak tersenarai sebagai antara pemimpin yang berucap, dengan Naib Presiden Kamala Harris mewakili Amerika Syarikat dalam mesyuarat itu, kata jurucakap Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU).



Rumah Putih tidak segera memberi komen.



Eksekutif EU, yang menjadi tuan rumah sidang puncak itu bersama pemerintah Italy, akan mengumumkan ia akan menubuhkan tiga pusat perkilangan di Afrika tahun ini untuk meningkatkan pengeluaran vaksin jangka panjang, kata seorang pegawai EU kepada Reuters.



Pegawai itu berkata penghasil ubat-ubatan juga akan mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan bekalan besar vaksin Covid-19 pada harga kos kepada negara-negara miskin tahun ini untuk cuba mengatasi ketidakseimbangan peringkat sejagat.



Antara penghasil ubat yang dijangka mengumumkan dos untuk negara-negara miskin ialah Pfizer dan BioNTech, kata pegawai itu, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya dua syarikat lain dijangka membuat pengumuman.



Tidak jelas apakah pengumuman itu akan melibatkan dos baru atau vaksin yang sudah pun dijanjikan. BioNTech enggan memberi komen dan Pfizer tidak dapat memberi komen segera.



Draf pengisytiharan itu, yang versi terakhirnya dilihat oleh Reuters, tidak menyebutkan pengecualian hak paten vaksin sebagai alat untuk mengatasi kekurangan dos vaksin Covid-19 di negara-negara miskin.



Pentadbiran Biden pada awal Mei menyertai negara seperti India, Afrika Selatan dan banyak negara membangun lain untuk meminta pengecualian sementara hak paten bagi vaksin Covid-19, dengan harapan dapat meningkatkan pengeluaran dan memastikan pengedaran suntikan yang lebih adil di seluruh dunia.



Negara-negara EU dan negara-negara pembuat vaksin lain telah menolak pengecualian hak paten dan mendesak supaya menghapuskan rintangan perdagangan Amerika yang mereka anggap sebagai hambatan utama kepada peningkatan pengeluaran vaksin global.



Draf dokumen draf itu mengesyorkan tindakan berikut sebagai pilihan jangka pendek - "perjanjian pelesenan sukarela hak intelek, pemindahan teknologi pengetahuan secara sukarela, dan penggabungan paten dengan syarat yang dipersetujui bersama".



Ia juga mengatakan bahawa huraian harus dicapai dalam lingkungan perjanjian global sedia ada yang tidak termasuk pengecualian hak paten.



Pemimpin juga dijangka akur "pentingnya mengatasi jurang pendanaan ACT-A", merujuk kepada ACT-Accelerator, program Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengedar vaksin, ubat-ubatan dan ujian Covid-19 di seluruh dunia.



Pemimpin-pemimpin itu berkata bahawa satu pilihan untuk segera membantu negara-negara miskin adalah untuk berkongsi vaksin yang sudah dibeli oleh negara-negara kaya, tetapi tidak ada komitmen tegas dalam teks akhir dokumen itu.



Program Covax yang dipimpin bersama WHO, yang didedikasikan untuk pengedaran vaksin global secara adil, disebut sebagai salah satu pilihan untuk memberikan dos yang didermakan kepada negara.



Jurucakap Gavi, sebuah pakatan vaksin yang menerajui Covax, berkata cara terbaik untuk menjamin pengedaran vaksin secara adil di seluruh dunia adalah melalui "perkongsian dos dengan Covax, di samping memastikan program yang dibiayai sepenuhnya". - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >