Pemimpin HK akui undi papar 'rasa tidak puas hati' terhadap pemerintah

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Cik Carrie Lam, semalam mengakui bahawa kekalahan teruk bagi kem pro-Beijing dalam pengundian Ahad lalu mendedahkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap pemerintahnya, namun beliau tidak menawarkan sebarang tawaran baru kepada gerakan prodemokrasi.

Pilihan raya majlis daerah yang berlangsung Ahad lalu mendedahkan kebimbangan terhadap "kekurangan dalam pemerintah, termasuk rasa tidak puas hati dengan masa yang diambil untuk menangani sekitaran tidak stabil dan juga menghentikan keganasan", kata Cik Lam dalam satu taklimat media mingguan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan