Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin Hongkong Carrie Lam tangguh Rang Undang-Undang ekstradisi selepas bantahan besar-besaran; tiada jangka masa baru ditetapkan

Jun 15, 2019 | 06:47 PM



HONGKONG: Pemimpin Hongkong Carrie Lam mengumumkan hari ini bahawa pemerintah akan menangguhkan undang-undang ekstradisi yang memecah belahkan, dan akan cuba untuk berkomunikasi dengan orang ramai, berikutan bantahan besar-besaran minggu ini yang berakhir dengan keganasan dan kecederaan. 



“Saya kini mengumumkan bahawa pemerintah telah membuat keputusan untuk menggantung pelaksanaan pindaan perundangan, menyambung semula komunikasi kami dengan semua sektor masyarakat, melakukan lebih banyak penjelasan dan mendengar pandangan yang berbeza dari masyarakat,” kata Cik Lam kepada pemberita semasa satu sidang akhbar.



“Setiausaha Keselamatan akan menghantar surat kepada Presiden Majlis Perundangan untuk menarik semula notis mengenai perbahasan kedua berkaitan rang undang-undang ini,” katanya dan menambah bahawa pemerintah telah mengambil keputusan tersebut setelah mengkaji perkara itu semasa tempoh dua hari lalu. 



“Sebagai pemerintah yang bertanggungjawab, kita seharusnya mempertahankan undang-undang dan perintah. Tapi kita juga harus membuat keputusan penghakiman dan untuk melindungi keperluan Hongkong,” katanya. 



“Pemerintah akan mendengar, dengan sikap yang terbuka, kepada semua pendapat mengenai rang undang-undang ini,” tekan Cik Lam. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >