Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin ISIS al-Baghdadi lari tinggalkan Mosul: Pegawai Amerika

Mar 09, 2017 | 08:58 AM



WASHINGTON - Pemimpin kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) Abu Bakr al-Baghdadi telah melarikan diri dari Mosul dan kelihatan telah menyerahkan kawalan taktikal pertempuran kepada komander setempat, kata seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat pada Rabu (8 Mac).



Pegawai tersebut berkata pemimpin itu, yang muncul di khalayak ramai di Mosul pada Julai 2014 untuk mengisytiharkan 'khalifah', melarikan diri daripada kubu ISIS sebelum pasukan keselamatan Iraq mengepung dan melakukan melakukan serangan bagi merampas semula bandar itu.



"Beliau berada di Mosul sebelum serangan. Kami tahu beliau berada di sana," kata pegawai itu kepada pemberita dan berkata .



"Beliau meninggalkannya sebelum kami mengepung Mosul dan Tal Afar," sebuah bandar di barat bandar, kata pegawai itu.



Baghdadi dipercayai tidak dapat memberi pengaruh taktikal bagaimana berjuang mempertahankan Mosul, kata pegawai itu.



"Dia mungkin memberi panduan strategik secara umum dan menyerahkannya kepada komander medan perang."



Pelbagai pihak termasuk pasukan operasi khas Amerika Syarikat menerajui usaha memburu Baghdadi, manakala gabungan anti-ISIS menumpukan usaha membunuh komander di medan perang.



ISIS telah kehilangan kebanyakan kawasan yang pernah dikuasainya di Iraq dan Syria tetapi masih berpaut kepada sisa khalifah, kata pegawai itu.



Sejak musim panas 2014, ketika ISIS berada di kemuncaknya menjelang perang yang diterajui Amerika terhadap kumpulan itu, golongan pelampau itu telah kehilangan 65 peratus daripada tanah yang mereka rampas seluruh sebahagian besar utara Syria dan sebahagian besar Iraq.



ISIS kini mencari ruang daripada kekalahan yang tidak dapat dielakkan di Mosul di Iraq dan Raqa di Syria.



"Saya tidak fikir mereka telah melepaskan wawasan khalifah mereka," kata pegawai itu, dn berkata ISIS mahu kekal berkuasa di bahagian timur Syria dan barat Iraq.



"Mereka masih percaya mereka dapat berfungsi dan masih membuat rancangan untuk terus berfungsi di lembah sungai Efrat."



Di Mosul, pasukan keselamatan Iraq disokong oleh tentara udara Barat telah berjaya menawan semula bahagian timur bandar dan membuat kemajuan secara beransur-ansur ke sebelah barat dalam pertempuran berdarah.



Militan ISIS sedar mereka hanya membilang hari di Mosul dan tahu akan kehilangan Raqa.



"Raqa mungkin bukan pertempuran terakhir menentang ISIS ... ISIS masih berada di seluruh lembah sungai Efrat dan perlu ditangani."



Kira-kira 15,000 pejuang ISIS berada di Iraq dan Syria, termasuk 2,500 di Mosul dan Tal Afar dan lagi 4,000 di Raqa, kata pegawai itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >