SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un berkata adalah penting untuk meneruskan suasana perdamaian antara Korea dan menyatakan rasa puas hatinya terhadap lawatan delegasi Korea Utara ke Selatan.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang pertama sejak tetamu tertinggi yang dipimpin oleh adiknya pulang ke Korea Utara dari menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk Ahad lalu.