Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin parti kerajaan PN puas hati penjelasan darurat

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat kelmarin, berpuas hati dengan penjelasan berhubung ordinan dan pengurusan darurat serta pengurusan pandemik Covid-19 yang sedang dilaksanakan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Perdana Menteri Malaysia itu berkata, pelbagai isu dibincangkan termasuk pelan imunisasi vaksin yang akan bermula bulan depan.



Beliau menambah, taklimat mengenai Proklamasi Darurat berlangsung dalam keadaan lancar dan harmoni, lapor Berita Harian Malaysia semalam.



"Mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional telah berlangsung petang tadi secara dalam talian (VC). Mesyuarat yang saya pengerusikan dihadiri oleh 12 presiden parti dari Bersatu, Umno, Pas, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, Star dan SAPP, manakala PBRS diwakili timbalan presiden.



"Saya bersyukur bahawa mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang dua jam dalam suasana akrab dan muhibah telah menyambut baik taklimat mengenai Proklamasi Darurat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhizan Ismail.



"Pelbagai isu telah dibincangkan dan semua ahli mesyuarat berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat dan pengurusan darurat serta pengurusan pandemik Covid-19 dan pelan imunisasi vaksin yang akan bermula pada bulan Februari ini," katanya dalam hantaran yang dimuatnaik di Facebook, malam kelmarin.



Tan Sri Muhyiddin berharap Majlis Presiden akan terus menjadi platform perbincangan tertinggi bagi semua parti politik dalam kerajaan PN.



Beliau berkata, ia demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.



Namun kelihatannya Umno tidak senada dan mempersoal kewajaran kerajaan mengisytiharkan darurat ketika rakyat berdepan kesukaran dalam hidup susulan penularan Covid-19.



Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut membangkitkan persoalan bagaimana ada negara lain mampu bebas daripada pandemik itu tanpa perlu mengisytiharkan darurat.



Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membangkitkan perkara berkenaan dalam Taklimat Darurat Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.



"Petang tadi dalam Taklimat Darurat kepada presiden parti politik, saya sempat membangkitkan, kenapa terdapat negara yang bebas daripada wabak Covid-19 dan banyak lagi yang kadar pandemik berkurangan.



"Sedangkan negara kita terpaksa proklamasi darurat dan rakyat semakin sengsara dengan kepayahan hidup," katanya menerusi ciapan di Twitter dan hantaran Facebook, hari ini.



Parti Parti Islam SeMalaysia (PAS) memberi sokongan penuh kepada pelaksanaan Ordinan Darurat dan pengurusan pandemik Covid-19.



Malah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam catatan di Facebook menyatakan "dalam keadaan seluruh dunia sedang menghadapi wabak Covid-19 yang sedang merebak, seluruh rakyat mesti memahami tindakan tegas yang wajib diambil oleh pihak kerajaan hari ini".



"Kerajaan Perikatan Nasional memberikan sepenuh tumpuan untuk memerangi wabak Covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat serta memelihara kesejahteraan negara.



Semoga segala usaha kerajaan mendapat kejayaan dan memberi manfaat buat seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >