Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin pembangkang Indonesia Probowo, CEO Gojek akan sertai kabinet baru Indonesia

Oct 22, 2019 | 07:51 AM



JAKARTA - Pemimpin pembangkang Prabowo Subianto akan menyertai kabinet baru Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Indonesia Joko Widodo, yang mengalahkan beliau dalam dua pilihan raya Presiden.



Encik Prabowo, yang mengetuai parti Gerinda dan bertanding dalam pilihan raya pada 2014 dan 2019, mengesahkan pada Isnin (21 Oktober) bahawa beliau telah diminta oleh Encik Joko untuk menyertai kabinet bagi membantu dalam portfolio pertahanan.



"Kami telah diminta untuk mengukuhkan kabinet dan kami bersedia membantu,'' katanya kepada pemberita, seperti dilaporkan The Straits Times (ST).



Mantan jeneral itu tidak menyatakan jika beliau diminta menjadi menteri pertahanan, seperti yang dispekulasikan oleh media, tetapi hanya menyatakan beliau diminta untuk membantu Presiden dalam bidang pertahanan.



Kabinet baru itu akan juga disertai pengasas bersama firma tempahan kereta swasta, Gojek, Encik Nadiem Makarim, yang mengesahkan bahawa beliau ditawarkan satu jawatan dalam kabinet.



Ketua eksekutif Gojek itu memberitahu pemberita selepas satu mesyuarat dengan Presiden bahawa beliau telah meletak jawatan dalam semua jawatannya di Gojek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >