Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin PKR, Rafizi: M'sia bakal hilang kelebihan daya saing

Sep 01, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia tidak lama lagi dijangka kehilangan kedudukan sebagai ekonomi ketiga terbesar Asia Tenggara kepada negara jiran seperti Vietnam dan Filipina kerana kehilangan kelebihan daya saingnya.



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) PKR, Encik Mohd Rafizi Ramli, berkata ahli politik perlu melihat penyelesaian dengan memberi peningkatan kepada mata pencarian rakyat dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah struktur negara.



"Sumber alam - kita kehabisan. Minyak dan gas tidak lama. Saya tidak tahu apa rizabnya sekarang, mungkin 20 tahun," katanya semasa sesi Bicara Merdeka: Mengimbas Semula Masa Depan Malaysia di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur malam kelmarin.



"Minyak sawit tidak lagi mampan dalam keadaan kita terpaksa beralih kepada pengeluaran makanan yang lebih penting daripada tanaman komoditi.



"Kemudian industri pembuatan - kita sudah ketinggalan kerana kos buruh dan kos asas kita sudah terlalu tinggi," tambahnya.



Encik Rafizi mencadangkan Malaysia perlu mencari industri di mana negara boleh mendahului seperti industri tenaga solar.



Bicara Merdeka: Mengimbas Semula Masa Depan Malaysia adalah sebahagian daripada siri ceramah anjuran gabungan Pakatan Harapan di bawah kempen Ayuh Malaysia untuk mendesak reformasi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Ceramah malam kelmarin menampilkan lima penceramah termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh, Cik Nurul Izzah Anwar, dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mencadangkan idea mengenai lima topik utama.



Topik-topik tersebut ialah keselamatan makanan, tenaga, latihan pendidikan teknikal dan vokasional, rumah mampu milik dan pendidikan.



Dalam Bicara Merdeka itu, Encik Rafizi turut menegaskan isu sistemik semasa yang masih tidak selesai sejak berdekad-dekad lamanya seperti hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).



"Apabila kita mula mengira pada 2011, hutang PTPTN kepada bank dan institusi kewangan ialah RM20 bilion ($6.24 bilion). Jadi kalau kita sudah membuat pembiayaan semula, peruntukan semula RM3 bilion hingga RM4 bilion setahun untuk selesaikan masalah pinjaman pendidikan ini. Sekarang tahun 2022, masalah ini perlu diselesaikan.



"Tetapi kita tidak buat apa-apa, kemudian masalah itu bertambah dan bertambah, pinjaman PTPTN kini hampir RM50 bilion.



"Ia terlalu besar untuk melakukan apa-apa sekarang. Jadi sekarang kita tidak dapat menangani isu-isu yang boleh diselesaikan dengan cara yang 10 hingga 15 tahun lalu," katanya.



Beliau juga berkata pembaharuan institusi, sama ada untuk pengasingan kuasa atau memerangi rasuah, tidak lagi mencukupi untuk mengemudi negara daripada kehancuran.



"Apa yang saya bimbang ialah, katakan secara hipotesis, ada kerajaan baharu yang mampu melaksanakan semua ini (pembaharuan institusi)... ia tidak akan menjamin boleh menyelesaikan isu ekonomi utama yang merosakkan kebajikan rakyat," kata Encik Rafizi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >