Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin tertinggi China mesyuarat secara rahsia

Perbincangan tertutup selama empat hari itu dijangka kukuhkan pengaruh Xi Jinping
Nov 10, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: Pemimpin tinggi China daripada Parti Komunis memulakan mesyuarat penting yang dijangka mengukuhkan lagi pengaruh Presiden Xi Jinping.



Kira-kira 400 ahli Jawatankuasa Pusat parti itu mula berkumpul di Beijing kelmarin untuk berbincang selama empat hari yang diadakan secara tertutup dan rahsia.



Laporan media menyatakan Encik Xi mempengerusikan mesyuarat itu dengan laporan kerja dan 'menerangkan mengenai draf resolusi pencapaian utama dan pengalaman bersejarah' terhadap parti yang melalui 100 tahun sejarah pencapaian.



Resolusi itu akan menetapkan Kongres Parti ke-20 pada tahun hadapan, di mana Encik Xi dijangka mengisytiharkan secara umum bahawa beliau akan berkhidmat buat penggal ketiga, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin paling berkuasa China sejak Encik Mao Zedong.



Media negara juga memuji kepimpinan Encik Xi menjelang mesyuarat minggu ini dengan melaporkan beliau adalah 'seorang lelaki yang mempunyai pemikiran dan perasaan yang mendalam, mewarisi warisan, namun berani dan berinovasi serta seorang lelaki yang berwawasan ke hadapan serta komited bekerja tanpa jemu'.



Dianggap sebagai pemimpin paling berkuasa sejak kehadiran Encik Mao, tempoh perkhidmatan Encik Xi juga terpalit dengan tindakan antirasuah yang meluas, dasar menindas di wilayah seperti Tibet dan Hong Kong serta pendekatan yang semakin tegas dalam hubungan luar.



Beliau juga didakwa mencipta kultus kepimpinan yang mencegah kritikan, menghapuskan saingan serta memperkenalkan teori politiknya sendiri - dikenali sebagai Pemikiran Xi Jinping - kepada pelajar sekolah.



Felo kanan di Pusat Kajian Antarabangsa Strategik, Encik Chris Johnson, dalam podcast Sinocism berkata resolusi baru itu boleh memberi peluang kepada Encik Xi untuk 'membersihkan sebahagian sejarah yang tidak disukainya' termasuklah reformasi ekonomi pada 1990.



Encik Xi baru-baru ini melancarkan kempen 'kemakmuran bersama' yang direka untuk menangani ketidaksamaan kekayaan dan mengetatkan kawalan syarikat gergasi tempatan.



Sedang mesyuarat peringkat tertinggi itu diadakan, China semalam melaporkan 62 kes jangkitan Covid-19, berbanding 89 kes pada hari sebelumnya, umum pihak berkuasa kesihatan.



Daripada jangkitan baru itu, 43 kes merupakan jangkitan tempatan, menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, berbanding 65 kes sehari sebelumnya.



Antara jangkitan tempatan, bandar Chengdu di wilayah barat daya Sichuan melaporkan tujuh kes baru.



Sebagai langkah pencegahan, bandar dengan 20 juta penduduk itu kelmarin mewajibkan pelawat di pusat hiburan mega menjalani ujian Covid-19, beberapa hari selepas lebih 30,000 pelawat ke Shanghai Disneyland diperlukan menjalani ujian sama. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >