Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KETEGANGAN DI SEMPADAN UKRAINE-RUSSIA

Pemimpin UK, AS setuju 'pintu diplomasi' masih dibuka

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, dan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, bersetuju dalam satu panggilan kelmarin bahawa "tempoh penting bagi diplomasi" masih ada berkaitan krisis di Ukraine, kata pejabat Encik Johnson.



Perbincangan itu, terbaru dalam kalangan pemimpin dunia yang tertumpu kepada krisis di Ukraine, dibuat selepas pegawai perisikan Amerika memberi amaran pencerobohan oleh Moscow ke atas negara jirannya di barat mungkin dibuat dalam beberapa hari lagi.



"Mereka bersetuju masih ada tempoh penting bagi diplomasi dan bagi Russia untuk berundur daripada ancamannya terhadap Ukraine," kata jurucakap Downing Street mengenai panggilan antara dua sekutu kuat itu.



"Dua pemimpin itu menekankan bahawa sebarang pencerobohan ke atas Ukraine akan mengakibatkan krisis berlarutan bagi Russia, dengan kerosakan meluas bagi kedua-dua Russia dan dunia."



Mereka juga menegaskan bahawa perbincangan diplomatik dengan Russia kekal sebagai "keutamaan pertama", dan mengalu-alukan rundingan yang berlangsung antara Russia dengan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), menurut jurucakap itu.



"Mereka telah bersetuju bahawa sekutu Barat mesti kekal bersatu dalam menghadapi ancaman Russia, termasuk mengenakan pakej sekatan keras sekiranya tindakan agresif Russia meningkat," tambahnya.



"Mereka juga mengulangi keperluan bagi negara Eropah untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada gas Russia, satu langkah yang, lebih daripada lain, akan menjejas besar kepentingan strategik Russia."



Rumah Putih menyatakan kedua-dua pemimpin itu "menyemak semula usaha diplomatik dan pencegahan yang sedang dilakukan sebagai tindak balas kepada peningkatan ketenteraan berterusan Russia di sempadan Ukraine dan menegaskan sekali lagi sokongan mereka terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine".



"Mereka membincangkan usaha mengukuhkan kedudukan pertahanan di kawasan timur Nato dan menggariskan penyelarasan erat berterusan di kalangan sekutu dan rakan kongsi, termasuk mengenai kesediaan mengenakan kesan yang teruk ke atas Russia sekiranya ia memilih peningkatan ketenteraan selanjutnya," tambahnya.



Russia telah menghimpunkan lebih 100,000 tentera berhampiran sempadan Ukraine dan di negara jiran Belarus, di mana mereka telah melakukan latihan bersama.



Awal kelmarin, Encik Johnson menggesa Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, untuk berundur dari mewujudkan risiko tinggi, menyifatkan keadaan sekarang "sangat, sangat bahaya".



Pemimpin Britain itu berkata beliau tidak bercadang melawat Moscow, tetapi akan membincangkan krisis itu dengan "sebilangan pemimpin" tidak lama lagi.



Sementara itu di London, Setiausaha Luar, Cik Liz Truss, mempengerusikan satu mesyuarat jawatankuasa "COBR" kecemasan kerajaan, untuk membincangkan warga Britain yang mungkin terperangkap di Ukraine sekiranya berlaku pertempuran.



"Kami sedang melakukan segala yang mampu untuk menghalang pencerobohan Russia di Ukraine, sementara bersiap bagi kesan terburuk," kata Cik Truss di Twitter selepas mesyuarat itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >