Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19: KESAN VARIAN OMICRON

Pemindahan pertama jantung babi ke manusia

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



CHICAGO (Amerika Syarikat): Seorang lelaki Amerika Syarikat yang tenat menghidap penyakit jantung telah mendapat pemindahan jantung babi yang telah diubah suai secara genetik dalam pembedahan pertama seumpama itu di dunia.



Tiga hari kemudian pesakit itu dalam keadaan baik, lapor doktornya kelmarin.



Pembedahan itu, yang dilakukan oleh pasukan perubatan Universiti Maryland Medicine, antara yang pertama menunjukkan kebolehlaksanaan pemindahan jantung babi kepada manusia, bidang yang dimungkinkan oleh alat baru penyuntingan genetik.



Jika terbukti berjaya, saintis berharap organ babi dapat membantu mengurangkan kekurangan organ penderma oleh manusia.



"Ini satu kejayaan cemerlang dalam pembedahan dan membawa kita selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ.



"Jantung manusia daripada penderma tidak mencukupi untuk memenuhi senarai panjang bakal penerima," kata Dr Bartley Griffith, yang memindahkan jantung babi ke dalam tubuh pesakit itu melalui pembedahan, dalam satu kenyataan.



"Kami meneruskan ini dengan berhati-hati, tetapi kami juga optimis bahawa pembedahan pertama di dunia ini akan menyediakan pilihan baru yang penting buat pesakit pada masa depan," tambah Dr Griffith.



Bagi pesakit yang menerima jantung tersebut, Encik David Bennett, 57 tahun, dari Maryland, pemindahan jantung itu merupakan pilihan terakhirnya.



"Sama ada saya mati atau lakukan pemindahan ini. Saya mahu hidup.



"Saya tahu ia percubaan tanpa hasil pasti, tetapi ia pilihan terakhir saya," kata Encik Bennett sehari sebelum pembedahannya, menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.



Untuk meneruskan pembedahan ujian itu, universiti tersebut memperoleh kebenaran kecemasan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika pada malam tahun baru melalui program amalnya.



"FDA menggunakan data kami dan data kami mengenai babi eksperimen untuk membenarkan pemindahan kepada pesakit jantung peringkat akhir yang tidak mempunyai pilihan rawatan lain," kata Dr Muhammad Mohiuddin, yang mengetuai program universiti berkenaan mengenai pemindahan xenotransplantasi - pemindahan organ haiwan ke dalam tubuh manusia itu.



Kira-kira 110,000 rakyat Amerika sedang menunggu pemindahan organ, dan lebih 6,000 pesakit meninggal dunia setiap tahun sebelum mendapatnya, menurut organdonor.gov.



Jantung babi yang diubah suai secara genetik untuk Encik Bennett disediakan oleh Revivicor, satu syarikat ubat regeneratif yang berpangkalan di Blacksburg, Virginia.



Pada pagi pembedahan, pasukan pemindahan mengeluarkan jantung babi itu dan meletakkannya ke dalam alat khas untuk mengekalkan fungsinya sehingga pembedahan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >