Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pempengaruh media sosial dihalau dari Bali kerana bergurau tentang penggunaan pelitup

May 05, 2021 | 06:12 PM




SEPASANG pempengaruh media sosial diusir dari Bali setelah menghasilkan video gurauan yang memaparkan seorang daripada mereka 'memakai' pelitup yang dilukis di muka, sekaligus melanggar peraturan Covid-19.




Pihak berkuasa di Bali pada Jumaat (30 April) berkata mereka akan menghantar balik pempengaruh YouTube warga Taiwan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Josh Paler Lin, dan pempengaruh warga Russia, Leia Se, di atas gurauan yang tular itu.



Dalam video itu, Lin meluahkan rasa terkejut yang tidak ramai orang sedar yang Se berjalan dalam sebuah pasar raya di Bali dengan lukisan pelitup biru di mukanya, lapor The Jakarta Post.



Dia melukis pelitup itu menggunakan mekap setelah pegawai keselamatan kedai pada awalnya tidak membenarkan dia masuk kerana tidak memakai pelitup.



Klip video itu mencetus kemarahan di Bali, di mana kes Covid-19 dan kematian disebabkan virus itu telah meningkat.



Warga asing boleh didenda 1 juta rupiah ($93) jika tidak memakai pelitup di Bali dan boleh diusir keluar bagi kesalahan kedua.



Tetapi dalam kes ini, polis Bali mahu pasangan itu diusir dari pulau tersebut secepat mungkin.



"Mereka bukan hanya melanggar, tetapi dengan sengaja memprovokasi orang ramai untuk menentang garis pandu kesihatan," kata ketua unit polis khidmat sivil Bali, Dewa Nyoman Rai Dharmadi.



Lin, 32 tahun, yang sering memuat naik video gurauan kepada 3.4 juta pengikutnya di YouTube, telah pun memadamkan klip itu dan meminta maaf.



"Saya membuat video ini untuk menghiburkan orang kerana saya seorang pencipta kandungan dan menjadi tugas saya untuk menghiburkan orang," kata Lin ketika meminta maaf di dalam talian.



"Namun, saya tidak sedar bahawa apa yang saya buat sebenarnya boleh membawa banyak komen negatif," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >