Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pempengaruh TikTok Mesir bakal buat rayuan setelah dihukum penjara 10 tahun kerana 'dagang manusia'

Jun 22, 2021 | 09:40 PM



KAHERAH: Pempengaruh TikTok Mesir, Haneen Hossam, akan memohon kepada mahkamah Kahirah selepas dikenakan hukuman penjara 10 tahun kerana didapati bersalah menjalankan perdagangan manusia, kata peguamnya pada Isnin (21 Jun).



Selepas saga hampir setahun ini, mahkamah turut mengenakan saman sebanyak 200,000 paun Mesir ($17,200) kepada Haneen pada Ahad kerana menggalakkan wanita lain berkongsi keratan video pada aplikasi perkongsian video TikTok itu dengan mereka dibayar.



Kata peguamnya, Encik Hani Sameh:



"Kami akan meminta perbicaraan mahkamah disambung kembali kerana terdapat kenyataan yang bercanggah antara keputusan dan merit di mana keputusan mahkamah dibuat.



"Kami berharap beliau akan mendapat hukuman penjara yang dikurangkan tempohnya atau dibebaskan."



Beberapa wanita dituduh "menghasut wanita lain agar menceburi kegiatan tidak berakhlak"  dan juga atas kesalahan mencabar nilai sosial Mesir yang konservatif. Medan perjuangan itu kini beralih ke dalam talian dengan penggunaan media sosial oleh penduduk Mesir yang masih muda kian meningkat.



Hossam yang mempunyai sekitar 900,000 pengikut TikTok adalah antara lima pempengaruh media sosial Mesir yang dihukum penjara dua tahun Julai lalu kerana menggalak kegiatan tidak bermoral dengan mendorong kaum wanita agar buat duit menerusi usaha memancing pengikut media sosial. 



Dia ditangkap selepas memuatnaikkan video Instagram yang menjelaskan bagaimana wanita boleh meraih AS$3,000 ($4,050) dengan menyiarkan video yang menggunakan platform penjana video Likee, yang pihak berkuasa anggap seperti mempromosikan wanita yang menjual seks dalam talian.



Pempengaruh lain yang turut terbabit adalah Mawaddah Al-Adham yang didapati bersalah berkongsi foto dan videonya yang kurang sopan dengan sejuta pengikut Instagramnya. Tiga lelaki lain yang didapati bersalah menolong dua pempengaruh sosial ini turut diheret ke muka pengadilan.



Sebuah mahkamah rayuan menterbalikkan perintah ini pada Januari tetapi mengenalkan hukuman baru bagi perdagangan manusia. Lima orang ini dibebaskan pada Februari selepas menghabiskan masa lapan bulan di penjara.



Pada Ahad, kesemua lima orang ini didapati bersalah kerana perdagangan manusia dan didenda 200,000 paun setiap orang.



Hossam diberi hukuman penjara paling lama - 10 tahun - dengan Al-Adham dan tiga lelaki berkenaan hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun.



Encik Sameh berkata Hossam menerima hukuman paling berat kerana dia tidak muncul di mahkamah walaupun ia merupakan hak guamannya untuk tidak tampil di situ.



Keputusan itu menimbulkan kemarahan pembela hak wanita.



"Keputusan yang dibuat ini terlalu tegas dan melebih," kata Encik Reda Eldanbouki, pengarah eksekutif Pusat Wanita bagi Bimbingan dan Kesedaran Guaman.



"Keputusan sebegini membataskan hak kebebasan meluah pandangan dan luahan hati serta bertujuan mengawal pertubuhan wanita serta mengenakan pemeliharaan ketat terhadap tindakan pertubuhan wanita ini," jelas Encik Eldanbouki lagi.



Beliau menambah keputusan ini menyekat wanita dengan label yang samar-samar seperti "melindungi nilai keluarga".



Cik Entessar el-Saeed, seorang lagi aktivis hak wanita dan ketua Yayasan Pembangunan dan Undang-Undang Kaherah, berkata pihak berkuasa secara tidak adil mencari kesilapan wanita dan bukannya lelaki dalam usaha kononnya memelihara nilai keluarga.



"Kita boleh melihat video dan pos di media sosial oleh lelaki yang menegakkan rogol dalam perkahwinan tetapi tiada reaksi terhadap mereka. Tidakkah itu melanggar nilai keluarga?" tanya Cik el-Saeed. - Agensi Berita



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >