Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penasihat keselamatan negara Amerika Michael Flynn letak jawatan

Feb 14, 2017 | 12:55 PM



WASHINGTON: Penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat, Encik Michael Flynn, meletak jawatan di tengah-tengah tengkarah hubungannya dengan Russia, lapor CNN, memetik dua sumber.



General Keith Kellogg akan menjadi pemangku penasihat keselamatan negara, kata laporan itu.



Encik Flynn mengangkat sumpah jawatan kurang sebulan lalu dan peletakan jawatannya bermakna beliau antara penasihat presiden kanan paling singkat berkhidmat dalam sejarah moden Amerika, kata CNN.



Beliau menghadapi kritikan berkaitan pertemuannya dengan Duta Besar Russia ke Washington, Encik Sergey Kislyak, sebelum Presiden Donald Trump mengambil alih jawatan pada Januari.



Encik Flynn didakwa mengadakan perbincangan peribadi dengan Encik Kislyak mengenai rancangan presiden ketika itu, Encik Barack Obama, hendak mengenakan sekatan ke atas Russia.



Semasa pertemuan itu, beliau memberi isyarat bahawa Encik Trump akan mengambil dasar lebih lembut terhadap Moscow.



Selepas pertemuan tersebut terdedah pada Januari, Encik Flynn menafikan isu itu dibincangkan, dan Naib Presiden Mike Pence menyokongnya secara terbuka pada pelbagai rancangan bual bicara televisyen.



Kini terdapat tuduhan bahawa penasihat keselamatan itu, seorang jeneral pesara tiga bintang, menyelirukan Encik Pence.



Jabatan Kehakiman memberi amaran kepada Rumah Putih beberapa minggu lalu bahawa Encik Flynn mungkin terdedah kepada ugutan kerana pertemuan beliau dengan para pegawai Russia sebelum Encik Trump mengambil alih jawatan. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >