Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwa Raya Shafee tetap sifatkan Anwar 'pengecut'

Jan 20, 2016 | 05:53 PM



KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Malaysia bagi kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertahankan kenyataannya memanggil bekas ketua pembangkang itu sebagai 'pengecut'.


Katanya, istilah itu bertujuan untuk menerangkan tingkah laku Anwar di mahkamah yang memilih untuk membuat kenyataan dari kandang tertuduh daripada memberi keterangan secara bersumpah.


Ia bukan peribadi. Ia legalistik," katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini semasa memberi keterangan dalam saman fitnahnya terhadap Badan Peguam Malaysia dan 3 lagi,ketika disoal balas oleh peguam bela Datuk Ambiga Sreenevasan.


Tan Sri Muhammad Shafee mengakui bahawa berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman bersalah terhadap Anwar dalam perbicaraan kes liwat tahun lalu, beliau dalam wawancara akhbar dengan media melabelkan Anwar sebagai 'pengecut'.


Tan Sri Muhammad Shafee seorang peguam kanan dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya khusus untuk perbicaraan itu.


Katanya, kenyataan dari kandang tertuduh biasanya digunakan oleh mereka yang gila atau tidak mampu berfikir apabila membela diri ketika disoal balas.


Bagaimanapun, katanya, Anwar bukan berkeadaan seperti itu tetapi sebaliknya adalah seorang pemidato yang mahir dan mampu berceramah dengan cekap sekali.


Datuk Ambiga menegaskan bahawa ia adalah hak Anwar untuk membuat kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak ada undang-undang untuk menghalang hanya mereka yang lemah berfikir menggunakan kaedah berkenaan.


Tan Sri Muhammad Shafee membalas bahawa beliau sememangnya ada memberitahu media bahawa sememangnya adalah hak Anwar untuk berbuat demikian. - Malaysiakini, The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >