Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwah terkenal dari Malaysia Ismail Kamus meninggal dunia

May 08, 2020 | 07:22 AM



 





KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal dari Malaysia, Datuk Ismail Kamus telah meninggal dunia sekitar 12.30 tengah malam pada Jumaat (8 Mei).



Allahyarham berusia 72 tahun. 



Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, pertubuhan yang dibangunkan oleh Allahyarham Ismail,  mengesahkan secara rasmi melalui laman Facebook.



“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia, Tuan Guru Dato' Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang,” kata pertubuhan itu dalam kenyataannya.



Dalam laporannya, Berita Harian Malaysia berkata Allahyarham Ismail telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama kerana jangkitan di bahagian paru-paru.



Allahyarham bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia (1999-2004) dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.



Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Ulu Selangor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >