Pendatang tanpa izin di M'sia dibenar pulang sambut Raya
Tiada tindakan diambil jika mereka dapatkan dokumen perjalanan sah daripada kedutaan masing-masing
Jun 23, 2016 | 05:30 AM
BAGAN DATOH (Perak): Kerajaan Malaysia memberi kelonggaran kepada pendatang tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal masing-masing bagi menyambut Aidilfitri, berkuatkuasa serta-merta.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kelonggaran itu diberi dengan syarat mereka mendapatkan dokumen sah atau dokumen perjalanan sementara daripada pejabat kedutaan masing-masing.