Penduduk di timur Amerika bersiap hadapi taufan Florence

WRIGHTSVILLE BEACH: Deretan kereta menyesakkan jalan raya keluar dari pantai North dan South Carolina apabila penduduk mula melarikan diri menjelang kedatangan taufan Florence, satu ribut besar Kategori 4, ke arah timur Amerika Syarikat.

Taufan itu berkembang menjadi lebih besar kelmarin dan dijangka mengakibatkan hujan, banjir maut dan gangguan bekalan elektrik selama beberapa minggu selepas ia mula melanda, dijangka pada lewat Khamis atau awal Jumaat (waktu Amerika).