Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Gaza berdepan masalah kebuluran: PBB

Nov 17, 2023 | 12:16 PM



GAZA: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Khamis bahawa orang awam di Gaza menghadapi masalah kebuluran kerana bekalan makanan dan air “secara praktikal tidak lagi wujud” di wilayah tersebut.


“Dengan musim sejuk yang semakin hampir, tempat perlindungan yang tidak selamat dan sesak, serta kekurangan air bersih, orang awam berdepan dengan kemungkinan kelaparan serta-merta,” kata pengarah eksekutif WFP yang berpangkalan di Rome, Cik Cindy McCain, dalam satu kenyataan.

Agensi itu telah memberi amaran tentang meningkatnya kadar kelaparan selama berminggu-minggu di Gaza.

Beliau berkata bahawa roti kini “sedikit atau tidak wujud” dan adalah mustahil untuk “memenuhi keperluan mengisi perut dengan hanya satu lintasan sempadan yang beroperasi”.

Ia berkata satu-satunya harapan ialah membuka laluan selamat kedua untuk membawa makanan bagi para penduduk Gaza yang berjumlah 2.3 juta orang.

WFP berkata kekurangan bahan api turut menghalang penghantaran makanan, dengan trak yang tiba dari Mesir pada Selasa tidak dapat sampai ke orang awam kerana bahan api tidak mencukupi.

Jumlah makanan yang memasuki Gaza kekal “sangat tidak mencukupi”, agensi itu memberi amaran, mengatakan ia cukup hanya untuk memenuhi 7 peratus keperluan kalori harian minimum.

Encik Abeer Etefa, jurucakap WFP bagi Timur Tengah dan Afrika Utara bercakap pada sidang media PBB secara dalam talian bersama Cik Juliet Touma. Pengarah Komunikasi, Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi pelarian Palestin

Beliau berkata rakyat Gaza semakin terdesak setiap hari untuk mencari roti dan makanan serta keperluan lain.

“Roti kini adalah sesuatu yang mewah. Kami sudah mula melihat kes penghidratan dan kekurangan zat makanan, yang meningkat dengan cepat dari hari ke hari.

“Dengan hanya 10 peratus daripada keperluan bekalan makanan dan minuman di Gaza sejak permulaan konflik ini, kita kini menghadapi jurang makanan yang besar,” ujar Encik Etefa.

Beliau menegaskan bahawa 2.2 juta penduduk yang merupakan hampir keseluruhan penduduk Semenanjung Gaza, kini memerlukan bantuan makanan.

“Pengeluaran makanan telah terhenti hampir sepenuhnya,” tambah Encik Etefa.

Beliau berkata, mereka yang cukup bernasib baik untuk mencari makanan, “makanan ini mungkin termasuk makanan dalam tin”.

Terputusnya rantaian bekalan makanan adalah “malapetaka” dan berkata keadaan sebelum konflik adalah sukar tetapi sekarang menjadi “malapetaka,” ujar Cik Touma.

 Gaza ketika ini kelihatan seperti dilanda gempa bumi, tetapi akibat perbuatan manusia, ujarnya.

Menurut beliau, kanak-kanak di pusat perlindungan yang kelaparan merayu untuk seteguk air dan sekeping roti, namun perlu menunggu dua hingga tiga jam untuk ke bilik air.

“Semua ini membawa kita kembali ke zaman pertengahan,” kata Cik Touma. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >