Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Penduduk kampung dikejutkan dengan kehadiran dua ekor harimau

Jul 19, 2019 | 09:29 PM

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Dungun, Terengganu dikejutkan dengan kehadiran dua ekor harimau yang tersesat dan berkeliaran sekitar 3.30 petang Khamis (18 Julai).


Rakaman video satu minit 24 saat itu tular dalam media sosial yang memaparkan harimau tersebut berkeliaran dan dibantu pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Perhilitan menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan berkenaan.


Dalam satu kenyataan di Facebook Jumaat (19 Julai), Perhilitan berkata mereka telah mengerahkan satu pasukan ke kampung itu untuk mengawal dan menyiasat.   


“Orang ramai diingatkan supaya tidak pergi ke kawasan itu jika mereka tidak ada urusan di sana. Penduduk juga diingatkan supaya berhati-hati dan tidak cuba memprovokasi harimau itu," kata kenyataan itu.


Ada penduduk mendakwa kegiatan pembalakan dan perlombongan hutan di sekitar kampung berkenaan menjadi punca habitat haiwan tersebut diganggu.- The Star, UTUSAN ONLINE

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3