Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Lubnan beratur berjam-jam beli roti

Jul 31, 2022 | 05:22 PM



BEIRUT: Penduduk Lubnan terpaksa beratur panjang selama berjam-jam lamanya untuk membeli roti, dengan harga makanan ruji itu yang bersubsidi meningkat dan kedai mula membuat catuan.



Satu beg roti Arab pitta rata kini dijual secara rasmi pada harga 13,000 pound Lubnan ($0.60).



Di pasaran gelap, ia berharga lebih 30,000 pound Lubnan.



Di sebuah negara yang pernah berbangga dengan nama jolokan 'Switzerland Timur Tengah' bagi sektor perbankannya yang berkembang maju sebelum krisis kewangan melanda pada 2019, kekurangan kronik makanan ruji Lubnan itu sesuatu yang membebankan.



Lubnan gagal membayar hutang pada 2020 dan mata wang negara itu kehilangan kira-kira 90 peratus daripada nilai pasaran gelapnya, menyebabkan ia diisytihar muflis.



Bank Dunia menyifatkan krisis kewangan itu sebagai salah satu yang paling buruk sejak abad ke-19, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini menganggarkan empat daripada lima rakyat Lubnan hidup di bawah garis kemiskinan.



Berikutan berdepan tuntutan pemiutang antarabangsa untuk pembaharuan yang menyakitkan sebagai balasan kepada pemberian bantuan baru, kerajaan negara itu yang sedang bergelut terpaksa menamatkan subsidi bagi kebanyakan barangan keperluan, walaupun setakat ini tidak membabitkan gandum.



Seorang penduduk, Khalil Mansour, 48 tahun, beratur berjam-jam setiap hari semata-mata untuk membeli roti bagi keluarganya dan adakalanya, beliau tidak mampu untuk membelinya



"Minggu lalu, saya pergi tanpa roti selama tiga hari kerana saya tidak mampu membayar 30,000 pound," katanya.



Bagi Khalil dan kebanyakan penduduk Lubnan, membeli roti bermakna berdiri berjam-jam dalam barisan yang panjang di luar kedai roti dan kadangkala, apabila tiba giliran mereka, kedai roti sudah kehabisan makanan itu.



"Hari ini saya beratur selama tiga jam, semalam dua jam setengah. Apa seterusnya?"



Saya perlu memberi makan kepada keluarga saya. Apa lagi yang boleh saya lakukan?" katanya di luar sebuah kedai roti di Beirut.



Kebanyakan kedai roti mengehadkan penjualan roti kepada satu atau dua beg bagi setiap pelanggan dan setiap beg mengandungi enam roti rata.



Roti bersubsidi selalunya dibeli dalam kuantiti yang banyak dan dijual semula di pasaran gelap oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. - AFP/Berita Harian Malaysia (BHM)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >