Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Penduduk Mariupol kian terdesak, bergaduh, berasak rebut makanan

Mar 12, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Penduduk Mariupol sudah menjadi amat terdesak sehingga ada yang bergaduh dan berebut makanan yang masih ada, sedang Russia terus mengepung dan mengebom bandar Ukraine itu, kata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).



"Penduduk mula menyerang antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan.



"Orang ramai mula merosakkan kereta orang lain untuk keluarkan petrol," kata wakil ICRC yang berpangkalan di Mariupol, Encik Sasha Volkov, dalam satu rakaman audio.



"Ramai yang tidak mempunyai air langsung untuk diminum. Semua kedai dan farmasi telah dijarah empat hingga lima hari lalu.



"Sesetengah orang masih mempunyai makanan tetapi saya tidak pasti berapa lama ia akan bertahan. Ramai orang kata mereka tidak punya makanan bagi kanak-kanak."



Anggota Parlimen (AP) Ukraine, Encik Dmytro Gurin, yang dibesarkan di Mariupol dan ibu bapanya masih tinggal di situ, berkata penduduk bandar itu kini menggunakan salji untuk minum air dan cuba memasak makanan menggunakan api terbuka di luar rumah.



"Boleh awak cuba bayangkan ini? Ibu bapa anda, 67 dan 69 tahun, minum salji dan cuba masak gunakan api di luar rumah pada musim sejuk, dengan serangan terus berlaku," katanya kepada BBC.



Agensi bantuan menyatakan bandar pelabuhan di selatan Ukraine itu berdepan situasi "amat dahsyat", tanpa air, kuasa atau haba untuk panaskan badan selama lebih seminggu sedang tentera Russia terus mengebomnya.



Percubaan memindahkan orang awam telah gagal, dengan Ukraine dan Russia saling menuduh melakukan pelanggaran gencatan senjata.



Encik Volkov berkata pasaran gelap telah wujud dengan penduduk Mariupol boleh mendapatkan sayur tetapi bukan daging, manakala bekalan perubatan terhad.



Mesej audionya juga menggambarkan keadaan dengan penduduk awam bergelut untuk memanaskan badan dan berasa selamat daripada pengeboman Russia di tempat perlindungan yang sesak.



"Orang ramai mula sakit kerana kesejukan. Mereka tiada tempat untuk pergi," katanya lagi.



Beberapa pekerja ICRC berjaya mengumpul makanan untuk bertahan selama beberapa hari daripada bangunan rosak atau musnah.



"Kami telah mula sakit, ramai di antara kami, kerana kelembapan dan kesejukan...," tambah Encik Volkov.



Kemarahan antarabangsa terhadap keadaan buruk kemanusiaan di Mariupol meningkat selepas serangan udara terhadap hospital kanak-kanak dan wad bersalin, membunuh sekurang-kurangnya tiga orang termasuk seorang gadis kecil.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dan Kesatuan Eropah (EU) menggelar serangan itu sebagai "jenayah perang".



Tetapi Russia berkata bangunan itu melindungi pejuang ultranasionalis Ukraine, menyifatkan serangan itu sebagai "provokasi yang dibuat-buat" untuk mencetuskan sentimen anti-Russia. - Agensi berita.




"Penduduk mula menyerang antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan.

Orang ramai mula merosakkan kereta orang lain untuk keluarkan petrol.

Ramai yang tidak mempunyai air langsung untuk diminum. Semua kedai dan farmasi telah dijarah empat hingga lima hari lalu.

Sesetengah orang masih mempunyai makanan tetapi saya tidak pasti berapa lama ia akan bertahan. Ramai orang kata mereka tidak punya makanan bagi kanak-kanak."

- Encik Sasha Volkov, Wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang berpangkalan di Mariupol, dalam satu rakaman audio.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >