Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk NZ alami langit 'menyeramkan' akibat kebakaran di Australia

Jan 5, 2020 | 3:45 PM
LANGIT JINGGA: Langit di kawasan Auckland's Sky Tower berubah menjadi jingga apabila asap daripada kebakaran di Australia merebak ke New Zealand.
LANGIT JINGGA: Langit di kawasan Auckland's Sky Tower berubah menjadi jingga apabila asap daripada kebakaran di Australia merebak ke New Zealand. - Foto NEW ZEALAND HERALD

WELLINGTON: Asap daripada kebakaran belukar di Australia yang merebak ke New Zealand menyebabkan penduduk tidak henti-henti menghubungi talian khidmat kecemasan negara itu hari ini (5 Jan).

Penduduk Auckland misalnya melaporkan melihat jerebu jingga.

Sejak beberapa hari lalu, asap menyelimuti South Island di New Zealand, sehingga glasier yang biasanya putih di sana kelihatan coklat.

Asap kini merebak ke bahagian utara dan menyelimuti sebahagian North Island yang didiami sekitar dua juta orang.

Bagaimanapun, polis tempatan menggesa orang ramai untuk tidak menghubungi talian kecemasan 111.

"Kami menerima banyak panggilan berhubung ini," kata polis negara itu.

Menurut saintis, warna jingga kemerah-merahan itu disebabkan asap yang membuat cahaya biru kurang kelihatan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg