Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penembak Abe dendam kerana percaya bekas PM Jepun itu ada kaitan dengan kumpulan agama tidak disenangi

Jul 09, 2022 | 07:02 PM



TOKYO: Lelaki yang menembak mati mantan perdana menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, pada Jumaat (8 Julai), memberitahu polis bahawa jenayah yang dilakukan bukan didorong oleh isu politik.



Beliau juga menambah dirinya tidak menujukan serangan itu pada Encik Abe yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat di Jepun kerana penentangan pada kepercayaan politiknya.



Sebaliknya, Tetsuya Yamagami, 41 tahun, mendendami Encik Abe kerana dia mempercayai bekas Perdana Menteri itu mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan agama.



Yamagami membenci kumpulan agama ini kerana ibunya dipaksa menyertainya dan diperdaya untuk membayar yuran keanggotaan yang terlalu banyak dan dipaksa menderma sehingga membuatkan keluarganya muflis dan berpecah-belah.



Polis Jepun tidak menamakan pertubuhan agama itu.



"Saya ingin tujukan serangan kepada pemimpin pertubuhan itu tetapi sukar," kata Yamagami kepada polis.



"Saya kemudian mensasarkan serangan kepada Abe kerana saya percayai dia terikat dengan pertubuhan itu dan saya mahu membunuhnya," jelas Yamagami.



Encik Abe ditembak di kota barat Nara pada pagi Jumaat ketika berkempen bagi pilihan raya parlimen. Kejadian itu mengejutkan Jepun kerana keganasan politik jarang berlaku sementara penggunaan senapang dikawal ketat.



Encik Abe dikejarkan ke hospital Nara menyusuli penembakan itu sebelum disahkan mati sekitar lewat tengah hari.



Ketua polis wilayah Nara, Encik Tomoaki Onizuka pada Sabtu enggan memberikan butiran terperinci mengenai sama ada langkah keselamatan di lokasi penembakan tidak mencukupi.



Bagaimanapun, beliau berkata siasatan lanjutan polis akan meninjau faktor seperti sama ada terdapat kurangnya pegawai keselamatan atau latihan sewajarnya.



"Kami tidak menafikan terdapat masalah," katanya sambil menambah siasatan itu harus dilengkapi dengan daya menghurai masalah tersebut dengan segera.



Serangan terhadap Encik Abe nampaknya sudah dirancang. Sejak berhenti kerja sebagai operator kren pada Mei, Yamagami dikatakan beralih pada kencenderungan membuat senjata.



Polis mendapati beberapa pistol buatan tangan seperti pistol dwilaras yang digunakan dalam serangan itu dan bahan peledak sewaktu serbuan ke rumah Yamagami dibuat pada Jumaat malam.



Pada Khamis, sehari sebelum pembunuhan, Yamagami mencari ucapan perhimpunan Encik Abe di wilayah Okayama, juga di bahagian barat Jepun.



Suratkhabar Yomiuri melaporkan Yamagami merupakan pelajar sebuah sekolah tinggi elit di wilayah Nara. Menurut bekas rakan sekolahnya, dia adalah pelajar yang ceria, suka bergaul dan sentiasa tersenyum.



Dia tersenyum dalam foto album tamat persekolahannya yang disiarkan dalam suratkhabar Yomiuri.



Selepas tamat sekolah tinggi pada 1999, Yamagami menyertai Pasukan Pertahanan Diri Kelautan dari 2003 hingga 2005. Sejak meninggalkan pasukan itu, dia menjalankan pelbagai tugas seperti pekerja pengiriman dan pekerja sambilan.



Dia juga dikatakan memiliki lesen sebagai perancang kewangan dan pengurus hartanah.



Tugas terakhirnya yang dia pegang selama setahun setengah hingga Mei tahun ini adalah operator kren di syarikat pengeluaran di Kyoto.



Akhbar Asahi berkata pegawai kilang menyatakan Yamagami adalah pekerja serius yang tidak memberi kesukaran kepada sesiapa tetapi kebanyakan masa dia akan memencilkan dirinya dan tidak berinteraksi dengan rakan sekerja.



Dia berhenti bekerja pada pertengahan April dengan menyatakan dia sakit.



"Dia selalu makan seorang diri dalam keretanya sedangkan semua orang berkunjung ke kafe. Saya sangkakan dia tak pandai buat kawan," jelas bekas rakan sekerjanya kepada akhbar Asahi. - The Straits Times



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >