Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penembak masjid Canada dihukum penjara seumur hidup

Feb 09, 2019 | 04:31 PM



QUEBEC CITY - Seorang lelaki Canada yang menembak enam anggota sebuah masjid di Quebec City pada 2017 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam (8 Feb), dengan hakim berkata yang dia layak bagi pembebasan awal atas kelakuan baik selepas 40 tahun di dalam jel.



Alexandre Bissonnette, 29 tahun, mengaku bersalah tahun lalu kepada enam tuduhan pembunuhan dengan niat dan enam tuduhan cubaan membunuh bagi serangan itu, antara tembakan besar-besaran di Canada.



Hakim Francois Huot berkata hukuman penjara seumur hidup dengan kelayakan pembebasan awal antara 35 dan 42 tahun ke dalam hukuman itu adalah sesuai, dan menolak usulan pihak pendakwa untuk mengenakan hukuman paling keras sejak Canada menghapuskan hukuman mati.



Akhirnya, hakim itu berkata Bissonnette tidak akan layak bagi pembebasan awal sehingga dia selesai menjalani hukuman selama 40 tahun.



Penembakan pada Januari 2017 itu, yang Perdana Menteri Justin Trudeau kecam sebagai serangan pengganas, menimbulkan perdebatan mengenai layanan terhadap kedatangan baru ketika Canada diuji oleh peningkatan bilangan pendatang dari Amerika Syarikat ke wilayah Quebec.



Huot berkata tindakan Bissonnette memasuki masjid pada akhir solat dan menembak jemaah bukanlah serangan pengganas, tetapi didorong oleh prasangka, terutama terhadap pendatang Muslim.



Tetapi hakim juga berkata masalah kesihatan mental Bissonnette, termasuk obsesi dengan pembunuhan diri, memainkan peranan dalam serangan itu dan mempengaruhi hukumannya.



Satu perubahan undang-undang pada 2011 membenarkan hakim Canada untuk memberikan hukuman berturut-turut dalam kes pembunuhan berbilang. 



Pihak pendakwa telah meminta Bissonnette dikenakan enam hukuman berturut-turut atau 150 tahun dalam penjara tanpa kelayakan bagi pembebasan awal, hukuman paling keras sejak Canada menghapuskan hukuman mati pada 1976. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >