Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penembak rambang di masjid Norway tidak mengaku bersalah pada hari pertama perbicaraan

May 07, 2020 | 06:44 PM



OSLO: Warga Norway yang mengaku menembak mati adik angkat perempuan sebelum  menyerang sebuah masjid berhampiran Oslo tahun lalu, tidak mengaku bersalah pada hari pertama perbicaraan pada Khamis (7 Mei).



Philip Manshaus, 22 tahun, yang memakai jaket warna gelap semasa menghadap mahkamah, menunjukkan tanda “OK” menggunakan tangannya, yang digunakan oleh sebahagian pihak untuk melambangkan kuasa kulit putih atau white supremacy.



Manshaus dituduh membunuh dan melakukan perbuatan pengganasan.



Manshaus ditangkap pada 10 Ogos 2019 selepas menembak secara rambang di Masjid Al-Noor di kejiranan mewah Baerum di Oslo.



Hanya tiga jemaah berada di masjid pada ketika itu dan tiada kecederaan terusk dilaporkan, kerana seorang lelaki berusia 65 tahun berjaya melawan dan menumbangkan Manshaus. 



Mayat adik angkat perempuan berusia 17 tahun Manshaus ditemui di rumahnya. Johanne Zhangjia Ihle-Hansen, kanak-kanak dari China yang diambil sebagai anak angkat oleh temanita ayahnya, dibunuh dengan empat peluru, kata polis.



Manshaus tidak menyangkal fakta kes yang dihadapkan ke mahkamah tetapi beliau merau tidak bersalah dan mendakwa tindakannya adalah ‘wajar’.



Menurut pendakwaraya, Manshaus memiliki motif perkauman dan didorong serangan di ChristChurch, di New Zealand pada Mac 2019, apabila Brenton Tarrant menembak mati 51 orang di dua masjid.



Di mahkamah, Manshaus memberi tabik Nazi kepada pihak media. 



Perbicaraan Manshaus dijadual berlangsung sehingga 26 Mei. Jika sabit kesalahan, Manshaus boleh dikenakan hukuman penjara 21 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >