Penembak tepat kawal lebuh raya di Jawa jelang Lebaran

JAKARTA: Polis di daerah Jember, Jawa Timur, menempatkan beberapa penembak tepat di laluan di sekitar Gunung Gumitir bagi mengawal keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung bagi Aidilfitri.

Ketua polis Jember, Encik Kusworo Wibowo, berkata penembak tepat itu, daripada pasukan elit Brimob, ditugas memastikan laluan tersebut bebas daripada kegiatan perompak lebuh raya yang dikenali sebagai 'bajing loncat'.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan