Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penemuan kotak hitam pesawat tingkat peluang cari punca nahas

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



PENEMUAN dua kotak hitam pesawat China Eastern yang terhempas di kawasan Wuzhou, selatan China, baru-baru ini memberi peluang besar kepada penyiasat untuk menyelesaikan misteri tragedi pesawat itu, kata pakar.



Begitu juga dengan bahagian dan peralatan lain pesawat, yang akan meningkatkan peluang mencari sebab apakah yang berlaku beberapa minit sebelum pesawat itu terhempas.



Kotak hitam kedua ditemui pada 27 Mac, selepas kotak hitam pertama ditemui 23 Mac, selepas nahas itu berlaku pada 21 Mac yang mengorbankan kesemua 132 orang di dalamnya.



Pesawat itu dilengkapi dengan dua perakam penerbangan: satu perakam suara di kokpit dan satu di bahagian belakang kabin penumpang yang menjejaki data penerbangan.



Kotak hitam kedua itu mengandungi maklumat penting seperti kelajuan pesawat, ketinggian dan arahnya.



Ratusan orang, termasuk anggota bomba, doktor dan penyiasat China - ada yang memakai sut pelindung seluruh badan - kekal di tapak tragedi untuk cuba mencari apa jua cebisan mayat manusia dan serpihan pesawat. Jentera penggerak tanah membantu dalam operasi di lereng gunung, yang diliputi tumbuhan lebat.



Usaha menyelamat awal sebelumnya telah dihalang hujan lebat, memaksa usaha menyelamat terhenti seketika kerana apa yang pemerintah katakan sebagai "risiko kecil tanah runtuh" di kawasan itu.



KOTAK HITAM



Penemuan kotak hitam kedua daripada serpihan pesawat China Eastern itu berpotensi memberi penyiasat peluang terbaik untuk mengetahui sebab pesawat yang membawa 132 orang itu menjunam ke bumi.



Perakam data penerbangan itu, yang tertimbus kira-kira 40 meter dari tapak nahas utama, telah dihantar ke Beijing untuk dianalisis.



Kini, banyak bergantung pada sejauh mana kotak hitam itu terjejas ekoran nahas pesawat Boeing 737-800 itu, yang sebahagian besarnya hancur, dengan lebih 33,700 serpihan ditemui.



Media China melaporkan nahas itu menghasilkan kawah sedalam 20 meter.



Beberapa bahagian perakam data rosak teruk, menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), yang mungkin merumitkan tugas untuk mendapatkan dan mentafsir sebarang maklumat di dalamnya.



Kotak hitam itu boleh menyimpan ratusan data penerbangan - daripada kelajuan dan ketinggian kepada kedudukan sayap dan arah - yang membantu penyiasat mencipta semula detik-detik terakhir sebelum kemalangan.



Penyiasat menemui perakam suara kokpit pesawat sebelumnya, dan mahu menggunakan data daripada dua kotak hitam itu untuk memahami apa yang berlaku.



PESAWAT MENJUNAM



Dalam nahas itu, pesawat MU5735 itu, sedang dalam perjalanan dari bandar barat daya Kunming ke Guangzhou di pantai selatan pada 21 Mac, apabila ia menjunam daripada ketinggian penerbangan biasa, sedang ia sepatutnya memulakan proses penurunan pendaratannya.



Pesawat itu menurun lebih 20,000 kaki (6,096 meter) dalam masa lebih seminit sebelum terhempas ke lereng gunung di wilayah Guangxi.



Laman web FlightRadar24 menunjukkan pesawat itu jatuh mendadak dari ketinggian 29,100 kaki kepada 7,850 kaki (kira-kira 8,900 kepada 2,400 meter) dalam masa lebih seminit.



Selepas naik semula sebentar, ia turun semula kepada 3,225 kaki, kata laman itu. Tiada data lagi dicatatkan selepas 2:22 petang.



SEMUA TERKORBAN



Pihak berkuasa China telah mengumumkan semua orang dalam pesawat itu, termasuk sembilan anak kapal, telah disahkan meninggal dunia.



Kesemua 132 orang itu merupakan warga China.



Nahas itu merupakan bencana udara paling dahsyat di negara itu sejak 1994, apabila pesawat China Northwest Airlines dari Xian ke Guangzhou terhempas, mengorbankan kesemua 160 orang di dalamnya.



JURUTERBANG 'TIDAK DISYAKI'



Syarikat China Eastern berkata kapten pesawat dan dua penolong kapten juruterbang merupakan orang yang 'tidak disyaki'.



Siasatan awal menunjukkan ketiga-tiga juruterbang itu mempunyai "rekod perkhidmatan cemerlang", kata syarikat penerbangan itu, sambil menambah bahawa keadaan keluarga mereka juga tidak membayangkan adanya sebarang masalah.



Kapten juruterbang mempunyai lebih 6,700 jam pengalaman penerbangan manakala penolong pertama juruterbang mempunyai lebih 31,000 jam masa penerbangan dan penolong kedua juruterbang lebih 550 jam, kata pegawai syarikat itu. Selain itu, penyiasat juga tidak menemui sebarang bukti bahan letupan serpihan pesawat itu.



SIASATAN



Bencana itu mencetuskan tindak balas daripada Presiden Xi Jinping, yang mengarahkan siasatan untuk mencari puncanya sedang pihak berkuasa penerbangan berikrar melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua pesawat penumpang di China.



China Eastern juga menggantung buat sementara waktu khidmat semua 223 pesawat Boeing 737-800 miliknya bagi tujuan pemeriksaan. China mengetuai siasatan nahas dengan pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat juga diundang untuk mengambil bahagian, kerana Boeing 737-800 telah direka dan dihasilkan di negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >