Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengundi Melaka utamakan sara hidup, kesihatan di tengah pandemik, kata pengamat

Nov 12, 2021 | 08:14 PM



RAMAI pengundi di Melaka masih lagi tidak berpuas hati mengapa pilihanraya negeri diadakan dalam keadaan pandemik Covid-19.



Mereka merasakan keutamaan sekarang seharusnya ialah bagaimana meneruskan kelangsungan hidup dan menjaga kesihatan daripada jangkitan wabak. Bukannya berpolitik.



Inilah dapatan awal satu kajian Ilham Centre, sebuah institut kajian yang sedang mengikuti trend dan polar pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.



Dalam wawancara eksklusif bersama Berita Harian (BH) , Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, Felo Ilham Centre, mengatakan kajian menunjukkan ramai yang tinggal di luar Melaka mungkin tidak akan pulang mengundi pada 20 November nanti.



“Sukar untuk semua parti politik mendapat keyakinan pengundi balik mengundi walaupun di kalangan golongan muda yang mesra Internet dan media sosial,” tambah beliau.



Hampir 67 peratus pengundi Melaka adalah generasi muda di bawah usia 50 tahun dan mereka merupakan golongan penting dalam pilihan raya ini.



Dengan larangan berkempen dan berhimpun, golongan inilah yang lebih mudah didekati melalui pelbagai platform media sosial dan laman web. Namun kajian Ilham Centre mendapati parti politik yang bertanding mendapati sukar berkempen melalui alam maya dan ia belum menghasilkan kesan yang diharapkan sejauh ini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >