KUALA LUMPUR: Tinjauan meramalkan Perdana Menteri Datuk Najib Razak akan kembali berkuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia, tetapi rentetan kejutan politik di seluruh dunia sepanjang beberapa tahun kebelakangan bermakna pelabur bersedia menghadapi pelbagai keputusan yang mungkin terhasil.
Beberapa pengurus dana dan penganalisis memberi ulasan mereka mengenai reaksi pasaran terhadap beberapa keputusan yang boleh berlaku dalam tinjauan berbeza penyedia khidmat berita dan maklumat kewangan Bloomberg dan akhbar The Edge Weekly Malaysia.