Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengantin baru AS meninggal dunia dalam nahas helikopter tidak lama selepas meninggalkan lokasi majlis perkahwinan

Nov 06, 2018 | 05:39 PM



BEBERAPA jam selepas mengatakan "I do" pada malam Sabtu (3 November), sepasang pengantin baru dari Texas terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas tidak jauh dari tempat majlis perkahwinan mereka diadakan.



Will Byler dan Bailee Ackerman, kedua-duanya 23 tahun dan merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Negeri Sam Houston, telah berkahwin di ladang ternak keluarga Byler.



Ketika mereka dibawa dari tempat tersebut pada malam majlis itu, helikopter mereka mengalami kerosakan dan terhempas ke bukit berdekatan, kira-kira 1.6 kilometer dari ladang ternak itu, menurut media setempat.



Eric Smith, rakan pasangan itu, memberitahu tentang kematian mereka di Facebook pada malam Ahad.



Beliau berkata helikopter yang dinaiki itu adalah milik keluarga dan tiada orang terselamat dalam nahas tersebut.



Lokasi kemalangan itu terletak berhampiran Uvalde, kira-kira 135 kilometer barat San Antonio.



Akhbar pelajar universiti The Houstonian melaporkan tentang tragedi tersebut Ahad lalu.



Menurut laporan itu, Byler mengikuti jurusan kejuruteraan pertanian sementara Ackerman merupakan pelajar komunikasi pertanian.



Juruterbang helikopter telah dikenal pasti sebagai Gerald Lawrence, 76 tahun.



Isteri Lawrence memberitahu Daily Mail Britain pada hari Isnin bahawa beliau merupakan juruterbang komersial swasta yang bekerja bagi perniagaan helikopter bapa pengantin lelaki.



Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika mengesahkan di Twitter bahawa ia sedang menyiasat kemalangan itu, yang dikatakan melibatkan sebuah helikopter Bell 206B.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >