Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Pengarah filem kontroversi, 'Mentega Terbang' terima ugutan nyawa boleh melayang

Mar 18, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Polis menerima dua laporan daripada pengarah dan penulis skrip filem kontroversi, Mentega Terbang, yang mendakwa menerima nota berunsur ugutan selain kenderaan disimbah cat.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua kejadian itu berlaku pada Khamis - hari yang sama - melibatkan dua individu.



Menurutnya, kejadian pertama berlaku di tempat letak kereta terbuka di Taman Dagang Jaya, Ampang kira-kira 6.30 pagi di mana kereta pengadu jenis Proton Saga telah disimbah cat.



"Selain itu, turut dijumpai helaian kertas nota yang ditinggalkan berdekatan dengan kereta pengadu dengan tulisan ungkapan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu.



"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.



Menurut Datuk Hussein, kejadian kedua kira-kira 3.15 pagi di Kajang di mana kenderaan kru filem itu telah dibaling dengan plastik lut sinar berisi cecair cat.



Turut ditemui ialah satu sampul surat berwarna putih yang ditulis perkataan-perkataan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu.



Flem Mentega Terbang yang menyentuh perbezaan dan persamaan agama utama di Malaysia dan dilaporkan berada dalam talian sejak 2021, mendapat kritikan orang ramai dan juga artis.



Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Na'im Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyemak kandungan filem itu mendapati ia bertentangan akidah Islam.



Hasil karya diterbitkan Encik Tan Meng Kheng itu dilaporkan mula ditayangkan melalui wadah penstriman Viu pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui.



Terdahulu, babak watak utama, Aisyah mahu memakan daging babi menjadi tular berserta babak bapa membenarkannya meninggalkan Islam dan memeluk agama lain.



Ia sekali gus menimbulkan kemarahan pengguna media sosial, malah ada yang mempersoal bagaimana filem berkenaan dibenarkan untuk ditayangkan bagi tontonan umum.



Susulan kontroversi berkenaan, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, dilaporkan berkata polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman.



Pada Rabu. polis merakam keterangan penerbit dan enam lagi pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang, di Bukit Aman.



Datuk Hussein berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan negara.



"Pihak polis memandang serius kejadian ini dan akan menyiasat sehingga mereka yang terlibat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.



"Pihak polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan atau perbuatan yang melanggar undang-undang," ujar Datuk Hussein. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >