SAN FRANCISCO - Ketua pegawai eksekutif Facebook Mark Zuckerberg berkata beliau akan mengambil cuti bersalin bagi bapa selama dua bulan selepas kelahiran anak perempuannya.
Namun, belia tidak memberitahu bila isterinya akan melahirkan.
Encik Zuckerberg, 31 tahun, juga tidak menyatakan siapa yang akan mengendalikan syarikatnya semasa beliau tiada.
Facecook tidak segera memberi respon apabila diminta mengulas mengenai berita tersebut.
Syarikat rangkaian sosial dalam talian terbesar dunia itu membenarkan para pekerja Amerika Syarikat mengambil cuti bersalin sehingga empat bulan bagi kededua ibu dan bapa.
Beberapa syarikat teknologi juga baru-baru ini telah meningkatkan elaun cuti ibu bapa dalam usaha untuk mengambil bekerja dan mengekalkan bakat.
"Ini adalah keputusan yang amat peribadi," kata Encik Zuckerberg dalam kiriman Facebooknya.
"Kajian menunjukkan apabila ibu bapa yang bekerja meluangkan masa bersama bayinya yang baru lahir, hasilnya adalah lebih baik untuk kanak-kanak dan keluarga," katanya.
Keputusan Encik Zuckerberg itu masih jarang dilakukan di kalangan eksekutif kanan syarikat terknologi. - Reuters