Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengebom B-52 AS terbang di Korea Selatan, tunjuk kuat lepas ujian nuklear Pyongyang

Jan 11, 2016 | 10:46 AM



SEOUL: Amerika Syarikat mengerahkan sebuah pesawat pengebom B-52 melakukan penerbangan rendah di ruang udara sekutunya Korea Selatan pada Ahad (10 Jan), sebagai tanda menunjuk kekuatan selepas Korea Utara melakukan satu ujian nuklear minggu lalu.


Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, menegaskan ujian Rabu lalu ialah sebuah bom hidrogen dan berkata ia satu langkah pertahanan terhadap ancaman perang nuklear Amerika Syarikat.


Ujian keempat nuklear Korea Utara itu menimbulkan kemarahan China, sekutu utamanya, dan Amerika, walaupun pemerintah dan pakar senjata Amerika meragui dakwaan Pyongyang bahawa peranti itu ialah bom hidrogen.


Pesawat B-52 besar itu, yang berpangkalan di Guam dan boleh membawa senjata nuklear, boleh dilihat dalam penerbangan rendah di Pangkalan Udara Osan sekitar tengah hari.


Ia diapit dua pesawat pejuang, AS F-16 dan Korea Selatan F-15, sebelum kembali ke Guam, kata tentera Amerika dalam satu kenyataan.


Osan terletak di selatan Seoul dan 77 km dari Kawasan Bebas Tentara yang memisahkan dua negara Korea.


Penerbangan itu "sebagai tindak balas terhadap tindakan provokatif baru-baru ini oleh Korea Utara," kata tentera Amerika.


"Amerika Syarikat kekal komited kepada pertahanan (Korea Selatan) dan dalam mengekalkan kestabilan di Semenanjung Korea, dalam menyertakan pencegahan luas yang disediakan tentera konvensional dan nuklear kami," kata Leftenan Jeneral Terrence O'Shaughnessy.


Amerika juga sedang menimbangkan menghantar sebuah kapal induk pesawat udara kuasa nuklear ke perairan Semenanjung Korea bulan depan bagi menyertai satu latihan tentera laut bersama Seoul, lapor agensi berita Yonhap Korea Selatan tanpa mengenal pasti sumbernya.


Bagaimanapun, pegawai daripada Angkatan Korea Amerika berkata mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang rancangan itu.


Dua negara Korea itu secara teknikal masih dalam keadaan berperang selepas konflik 1950-1953 mereka berakhir dengan gencatan senjata, dan Amerika mempunyai kira-kira 28,500 askar berpangkalan di Korea Selatan.


Amerika telah berkata ia tidak mempunyai senjata nuklear di Korea Selatan.


Satu lidah pengarang dalam akhbar Sinmun Utara Rodong pada Ahad menggesa satu perjanjian damai dengan Amerika.


"Hanya apabila perjanjian damai dimuktamadkan antara (Korea Utara) dan Amerika Syarikat, boleh keamanan tulen wujud di Semenanjung Korea," ujar agensi berita KCNA. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >