Pengeboman masjid: Kuwait tahan pemilik kereta
Pihak berkuasa sedang memburu pemandu kereta yang hilangkan diri sebelum letupan berlaku Jumaat lalu
Jun 29, 2015 | 05:30 AM
KUWAIT CITY: Pihak berkuasa Kuwait menahan pemilik sebuah kereta yang membawa pengebom berani mati ke Masjid Imam al-Sadeq yang diserang, Jumaat lalu.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, mereka sedang mencari pemandu kereta itu yang menghilangkan diri sejurus sebelum letupan berlaku pada Jumaat.