Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengeboman Puchong: Lebih ramai suspek ada kaitan dengan ISIS ditangkap

Jul 08, 2016 | 11:59 AM



KUALA LUMPUR: Beberapa lagi suspek yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) telah ditangkap sedang polis meningkatkan usaha membendung penyebaran fahaman sesat itu.



Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lebih banyak tangkapan dijangka dalam tempoh beberapa hari akan datang.



"Kami masih memburu dua suspek yang terlibat dalam serangan bom tangan Puchong," katanya semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada Khamis (7 Julai).



"Mereka telah menyembunyikan diri tetapi kami yakin dapat menjejak mereka dalam masa terdekat," katanya.



Beliau berkata polis turut memantau laman sosial dan mengerah lebih ramai kakitangan untuk menjaga di di "kawasan sensitif".



IGP Khalid mengingatkan media agar tidak menghebahkan kegiatan atau sembarang ancaman baru yang diterbitkan oleh kumpulan militan yang boleh menjejas keamanan dan keselamatan negara.



"Jangan kita memberi mereka ruang dan saluran untuk menonjolkan diri mereka secara terang-terangan," katanya.



"Kami sedar beberapa orang daripada mereka mahu menjadi ketua sel dengan merancang perbuatan lebih pengecut," kata beliau sambil menambah bahawa polis ada strategi mereka sendiri untuk memeriksa dan menangani pergerakan itu.



Beliau berkata setakat ini tidak ada anggota lain dalam pasukan polis telah dipengaruhi oleh pergerakan itu kecuali dua anggota berpangkat rendah yang telah ditahan untuk disoal siasat.



Difahamkan, tiga rakyat Malaysia sedang bersaing untuk menjadi ketua bahagian ISIS di Malaysia.



Mereka ialah Mohd Rafi Udin @ Abu Awn Al-Malizi dari Negeri Sembilan; Muhamad Wanndy Mohamad Jedi @ Abu Hamzah Al-Fateh dari Melaka, dan Zainuri Kamaruddin @ Abu Thalma Malizi dari Perak.



Satu buruan di seluruh negara telah dilancarkan untuk menjejak Md Saifuddin Muji, 28 tahun, dan Jasanizam Rosni, 33 tahun, kerana disuspek memainkan peranan dalam pengeboman di Puchong, Selangor. - The Star/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >