Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11

Pengerusi DAP mohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Sarawak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PELANTIKAN PM MALAYSIA

Pengerusi DAP mohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Sarawak

Nov 25, 2022 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, akhirnya memohon maaf kepada kerajaan Sarawak dan rakyatnya kerana membuat kenyataan yang mungkin menyinggung perasaan mereka.

Ahli Parlimen Bagan itu telah merayu untuk membuka lembaran baru dengan negeri itu, lapor The New Straits Times.

Beliau berkata kerjasama dalam memelihara kepelbagaian dan keterangkuman negara diperlukan.

"Saya memohon maaf di atas kenyataan saya yang mungkin menyinggung perasaan Premier Sarawak dan kerajaan negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Masa depan negara lebih penting.

"Marilah kita membuat permulaan baru untuk bekerjasama bagi memelihara kepelbagaian, keterangkuman dan perpaduan masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya, serta melindungi Perlembagaan Persekutuan kita untuk manfaat semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke, bertemu dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Haji Openg, yang juga pengerusi GPS, di kediamannya di Kuching pagi semalam.

Encik Loke berkata beliau mewakili DAP dan meminta maaf sekiranya sebarang kenyataan telah menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, lapor Kosmo!

"Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat sebarang kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meluahkan harapan pertemuan itu akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

Pemimpin GPS telah berulang kali berkata mereka tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), menukil kenyataan yang dibuat terhadap kerajaan Sarawak apabila gabungan itu memegang kuasa persekutuan selepas pilihan raya 2018.

Pada 2019, Encik Lim, Setiausaha Agung DAP ketika itu, yang juga Menteri Kewangan Malaysia, berkata Sarawak di bawah GPS akan jatuh muflis dalam tempoh tiga tahun, satu kenyataan yang dipertahankan oleh pengerusi DAP Sarawak, Encik Chong Chieng Jen, awal tahun ini.


"Masa depan negara lebih penting.
"Marilah kita membuat permulaan baru untuk bekerjasama bagi memelihara kepelbagaian, keterangkuman dan perpaduan masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya, serta melindungi Perlembagaan Persekutuan kita untuk manfaat semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak."

- Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3