Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengetua S'pura di pusat jagaan anak istimewa M'sia didakwa atas kesalahan mendera anak autistik

Oct 13, 2021 | 05:45 PM



SEORANG wanita Singapura yang bekerja di Malaysia sebagai pengetua sebuah pusat jagaan kanak-kanak istimewa didakwa di mahkamah pada Rabu (13 Oktober) dengan kesalahan mendera seorang kanak-kanak autistik dan menetap di Malaysia melebihi daripada tempoh sewajarnya.



Sharifah Mazlan, 51 tahun, pengetua Pusat Jagaan Maikidz di Selangor, dengan segera mengaku tidak bersalah di atas kesalahan mendera budak enam tahun itu pada 10 pagi, 1 Oktober lalu.



Pusat jagaan kanak-kanak yang dikendalikannya itu tertumpu pada anak istimewa berkeperluan khas. Tujuh kanak-kanak autistik dalam jagaannya.



Sharifah ditangkap pada 3 Oktober.



Siasatan awal oleh pihak berkuasa Malaysia mendapati pusat ini telah beroperasi selama tujuh tahun dan mempunyai lesen yang telah mati dua bulan lalu.



Sharifah juga mempunyai pas lawatan sosial yang sudah tamat tempohnya.



Pada Isnin, polis Malaysia mengeluarkan kenyataan menyatakan siasatan sudah tamat.



Media Malaysia melaporkan pada Rabu bahawa Sharifah adalah ibu tiga anak, dua daripadanya mengalami autisme.



Dia telah ditawarkan ikat jamin RM18,000 ($5,850) di atas dua tuduhan ini dan akan kembali ke mahkamah pada 9 Disember.



Jika didapati bersalah mengabaikan kanak-kanak di Malaysia, Sharifah boleh dipenjara hingga 20 tahun dan didenda.



Bagi kesalahan menetap di Malaysia melebihi tempoh sewajarnya, pesalah boleh dihukum penjara hingga lima tahun, didenda hingga RM10,000 dan menerima enam sebatan rotan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >