Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengetua warga Singapura sekolah agama Melaka dibicara atas dakwaan kes dera seksual

Jul 25, 2019 | 12:29 PM



MELAKA: Seorang warga Singapura berusia 36 tahun yang merupakan pengetua institusi pendidikan agama di Tanjung Minyak, Melaka, minta dibicarakan di Mahkamah Sesi terhadap tiga tuduhan dera seksual yang melibatkan pelajar lelaki berusia 15 tahun. 



Muhammad Firdaous Abdul Rashif menghadapi hukuman penjara sehingga 60 tahun jika didapati bersalah.



Dia didakwa semalam atas tuduhan mencuba mencium mangsa di mulut dan menggesel kemaluannya di badan mangsa semasa beliau berusia 14 tahun.



Bapa lima orang anak itu juga dituduh mengadakan hubungan seksual dengan mangsa. 



Kesalahan tersebut dikatakan berlaku di kondominium di Klebang pada 13 Julai dan 28 Julai tahun lalu, dan pada 18 Januari tahun ini di rumah di perkarangan institusi tersebut di Tanjung Minyak.



Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan disebat bagi setiap tuduhan. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >