NUSA DUA (Bali): Sebahagian besar wang yang digunakan oleh kumpulan pengganas di Indonesia dibiayai dari luar negara, menurut pakar sewaktu persidangan antarabangsa bagi memerangi pengganasan semalam.
Timbalan Pengerusi Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK), Encik Agus Santoso, berkata pusat itu telah mengesan sejumlah besar wang yang dihantar entiti di beberapa negara di luar negara, termasuk Australia dan Timur Tengah, bagi membiayai kegiatan pengganasan di Indonesia.