Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengganas pertama yang dikenal pasti sebelum ini dianggap 'penjenayah kecil'

Nov 16, 2015 | 05:31 AM



COURCOURONNES (Perancis): Lelaki bersenjata pertama yang dikenal pasti daripada serangan di Paris Jumaat lalu, Omar Ismail Mostefai, sebelum ini dianggap polis sebagai tidak lebih daripada ''seorang penjenayah kecil''.


Omar yang bakal mencecah usia 30 tahun pada 21 November ini, dikenal pasti menerusi jarinya yang ditemui di antara runtuhan dewan konsert Bataclan, tempat yang disifatkan paling berdarah menyusuli kematian 89 orang di sana.


Dalam kejadian itu, Omar meletupkan dirinya bersama dua lelaki lain.


Sehubungan dengan itu, polis Perancis mendedahkan ia telah menahan ayah dan abang Omar. Dipercayai empat lagi anggota keluarga militan itu turut ditahan.


Dilahirkan di pinggir bandar miskin Courcouronnes di Paris, Omar mempunyai lapan rekod jenayah kecil antara 2004 dengan 2010, namun dia tidak pernah dipenjara.


Pendakwa raya Paris, Encik Francois Molins, berkata Omar telah disenarai sebagai sasaran utama pada 2010 berhubung radikalisme. Namun, sebelum Jumaat lalu, dia ''tidak pernah dikaitkan dalam siasatan atau pertubuhan pengganas''.


Menurut sumber polis, penyiasat sedang menyelidik sama ada Omar ke Syria tahun lalu.


Abang Omar yang berusia 34 tahun serta bapanya telah diletak dalam tahanan Sabtu petang dan rumah mereka digeledah.


Abangnya, yang merupakan salah seorang daripada empat anak lelaki dalam keluarga serta dua saudara perempuan Omar menyerah diri kepada polis sejurus selepas mendapat tahu Omar terlibat dalam serangan tersebut.


Beliau yang tidak lagi berhubung dengan Omar sejak beberapa tahun lalu, tahu adiknya itu terlibat dalam jenayah kecil. Namun, beliau tidak pernah membayangkan adiknya telah menjadi radikal.


Dalam pada itu, sebuah kereta Seat berwarna hitam yang digunakan dalam serangan di Paris itu telah ditemui di pinggir bandar Montreuil. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >