Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengganas yang ditahan di M'sia mahu lancar dua serangan bulan depan

Dua suspek yang ditahan di Kelantan mahu lancar serangan ke atas balai polis dan rumah ibadat bukan Islam
Dec 13, 2018 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Dua rancangan pengganasan yang digagalkan polis Malaysia baru-baru ini dengan penangkapan dua suspek militan di Kelantan, sepatutnya dilancarkan bulan depan.



Sasaran serangan yang dirancang itu ialah balai polis di Kelantan dan rumah ibadat bukan Islam.



Sumber berkata dua lelaki tersebut - seorang penjual madu berusia 28 tahun dan seorang kakitangan sekolah memandu berusia 35 tahun - merancang menggunakan peranti letupan (IED) buatan sendiri terhadap sasaran mereka.



Mereka merancang melakukan serangan itu atas arahan daripada Akel Zainal, yang bertempur untuk kumpulan pengganas ISIS di Syria sejak 3 Januari 2014.



Akel mengambil alih kepimpinan militan Malaysia berikutan kematian Muhammad Wanndy Mohamed Jedi pada April tahun lepas.



"Penjual madu itu diperintahkan oleh Akel supaya menyerang balai polis di Kelantan serta rumah ibadat bukan Islam di Lembah Klang. Pihak berkuasa percaya bahawa dia bertindak sendirian," kata satu sumber sambil menambah bahawa pada masa penangkapan, persiapan bagi rancangan itu telah siap kira-kira 60 peratus.



Sementara itu, kakitangan sekolah memandu tersebut pula terlibat dalam penyeludupan senjata api dari negara jiran, kata satu sumber lain.



"Dia juga belajar cara membuat IED. Pihak berkuasa percaya dia ahli ISIS sejak awal tahun lalu," katanya.



Dua lelaki itu ialah antara tujuh suspek yang ditangkap oleh Bahagian Antipengganas Cawangan Khas Bukit Aman antara 19 dengan 28 November lalu.



Lima lagi terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, termasuk seorang wanita dan dua lelaki Filipina.



Mereka ditangkap di Sabah, Selangor dan Kedah.



Salah seorang lelaki warga Malaysia itu bekerja sebagai pemandu van kilang dan ditangkap di Bedong, Kedah bulan lalu.



Dia dikatakan menyalurkan dana kepada sel Jamaah Ansharut Daulah (JAD), sebuah kumpulan pro-ISIS yang terbabit dalam siri serangan ke atas balai polis di Jawa Tengah pada April 2017.



Salah seorang lelaki Filipina itu adalah anggota kumpulan Abu Sayyaf berusia 45 tahun.



Difahamkan bahawa suspek itu, yang ditahan di Tawau, bersembunyi di Sabah sejak 2011.



"Pihak berkuasa percaya bahawa dia bertindak sebagai orang yang mencari sasaran bagi dijadikan tebusan penculikan oleh kumpulan tersebut," kata satu sumber.



Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata lelaki itu terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga insiden penculikan di selatan Filipina dan Sabah, selain dikehendaki bagi jenayah lain di Zon Keselamatan Timur Sabah.



Turut ditangkap ialah isterinya, seorang warga Malaysia kerana menyembunyikan maklumat mengenai kehadiran anggota Abu Sayyaf di Sabah.



Suspek lain ditangkap atas pelbagai kesalahan termasuk menyalurkan dana kepada kumpulan pengganas seperti ISIS. - The Star.




"Penjual madu itu diperintahkan oleh Akel supaya menyerang balai polis di Kelantan serta rumah ibadat bukan Islam di Lembah Klang. Pihak berkuasa percaya bahawa dia bertindak sendirian."
- Sumber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >