Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengundi awal buang undi dalam pilihan raya negeri Sarawak

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



KUCHING: Lebih 86 peratus daripada 23,043 pengundi awal dalam kalangan anggota polis dan tentera serta pasangan mereka sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 (PRN12) sehingga 3 petang semalam, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Pengundi awal itu membabitkan 10,458 anggota dan pegawai polis serta pasangan mereka manakala bakinya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).



Lebih 80 pusat mengundi awal bagi PRN Sarawak mula dibuka pada 7.30 hingga 5 petang semalam bagi membolehkan pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka.



Ia membabitkan 69 kawasan dan 84 pusat pengundian awal bagi PRN12 Sarawak



Proses pengundian awal berjalan lancar sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dikuatkuasakan oleh SPR.



Sepanjang proses pengundian awal, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa seperti jarak sosial, memakai pelitup muka, sanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran juga dilaksanakan.



Turut disediakan kaunter mengundi khas untuk menempatkan pengundi yang bergejala bagi membolehkan mereka mengundi selepas disahkan negatif ujian saringan Covid-19 dan melalui pemantauan selama 15 ke 30 minit mengikut tahap kesihatan.



Mengikut SOP yang ditetapkan, pengundi perlu melalui satu kaunter khas terlebih dahulu untuk semakan suhu dan saluran sebelum masuk ke dewan mengundi.



Antara turut membuang undi ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan isterinya Puan Sri Zainuriah Mustapha.



SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Sarawak adalah pada 18 Disember dan hari pengundian awal semalam.



PRN12 Sarawak menyaksikan seramai 349 calon layak bertanding dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong menjadi rebutan paling banyak calon iaitu saingan lapan penjuru.



Pertandingan enam penjuru berlaku di tujuh DUN, lima penjuru (24), empat penjuru (33), tiga penjuru (13) manakala satu lawan satu di empat kawasan.



Daripada keseluruhan 349 calon, 82 adalah calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73); Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70); PKR (28), DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11), Amanah (lapan), Parti Sedar Rakyat Sarawak (lima), PAS (satu) dan Bebas (30).



Seramai 1,252,014 penduduk layak mengundi dalam PRN12 Sarawak. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >